Unit Kokurikulum SMKSP memutuskan untuk mengadakan Aktiviti Kokurikulum seperti berikut:
Perjumpaan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan diadakan secara berselang seli setiap hari Rabu mengikut masa berikut:
Perjumpaan Rumah Sukan dijalankan pada hari Selasa dan Khamis jam 1.30 petang hingga 4.30 petang mengikut aktiviti sukan yang telah dirancang seperti Kejohanan Merentas Desa, Ujian Tara dan Kejohanan Olahraga Sekolah. Ibu bapa dan murid-murid akan dimaklumkan secara bertulis terlebih dahulu sebelum aktiviti dijalankan. Murid dikehendaki memakai t-shirt rumah sukan masing-masing, berseluar sukan panjang hitam atau biru gelap, bertudung hitam atau putih (bagi murid perempuan).
ETIKA BERPAKAIAN
Badan Uniform : Pakaian seragam Badan Uniform atau kemeja T (berkolar) Badan Uniform, seluar sukan panjang hitam / biru gelap (blue black), kasut sekolah dan tudung hitam (tudung Seri) / putih (bagi murid perempuan).
Persatuan/Kelab : Pakaian seragam sekolah atau kemeja T sekolah, seluar sukan panjang hitam / biru gelap (blue black), kasut sekolah dan tudung putih / hitam (tudung Seri) (bagi murid perempuan).
Latihan Rumah Sukan : Pakaian semasa kegiatan Sukan / Permainan ialah T-shirt rumah sukan masing-masing, seluar sukan panjang hitam / biru
TEMPAT-TEMPAT MESYUARAT AGUNG/PERJUMPAAN UNIT KOKURIKULUM 2025
A) KELAB DAN PERSATUAN
B) BADAN BERUNIFORM
C) SUKAN DAN PERMAINAN
D) RUMAH SUKAN
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”