Bendera sekolah berbentuk segi empat tepat yang terbentuk daripada satu segi tiga sisi sama berwarna putih dengan lencana di tengahnya, dua segi empat yang masing – masing berwarna kuning dan biru, di tengahnya segi lima berwarna merah.
Segi empat berwarna kuning melambangkan kepatuhan kepada undang – undang dan peraturan sekolah. Warga Seri yang bijak mengurus masa, berinisiatif, mementingkan kualiti, berakauntabaliti, profesional, ingin menyertai semua aktiviti, berani menyatakan kebenaran dan mencegah salah laku disiplin. Kuning juga melambangkan Warga Seri yang kompeten, inovatif, kreatif dan kebolehpasaran.
Warna biru melambangkan keharmonian, perpaduan dan ketabahan, saling membantu dan berinteraksi. Segi lima merah pula berani menyahut cabaran, meningkatkan daya saing, kompeten, inovatif dan kebolehpasaran.
Bentuk segi tiga putih membawa maksud hala tuju yang sama bagi ketiga-tiga kaum untuk mencapai visi dan misi sekolah. Di samping mengamalkan tolak ansur, saling menghormati dan menerima antara satu sama lain dan menggalakkan unity in diversity.
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”