Pendigitalan adalah satu proses untuk menukarkan bahan bercetak kepada bentuk digital supaya ianya dapat disimpan, mudah diakses dan dikesan serta dapat dikongsikan secara elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Dunia pendidikan sudah pasti terkena tempias ini. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) telah menyediakan platform pembelajaran digital yang sangat komprehensif. Platform ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai medium penyampaian pembelajaran bahkan boleh juga digunakan sebagai medium pengurusan pembelajaran yang efisien.
Objektif
Mewujudkan pusat maklumat sehenti bagi perancangan, pelaksanaan dan pelaporan program/aktiviti pembelajaran pada peringkat sekolah.
Pengurusan sekolah di semua peringkat dapat diuruskan dengan lebih cekap dan sistematik seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Fokus Utama
Pengurusan sekolah merangkumi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan juga Pendidikan Khas.