73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Ā SELAMAT DATANG KE PORTAL SK TUANKU ABDUL RAHMAN
JUMLAH PELAWAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU ADBUL RAHMAN atau nama ringkasnya, SK Tuanku Abdul Rahman merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Sulong, Pekan Gemas, Negeri Sembilan.
Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English School. SK Tuanku Abdul Rahman mengambil nama sempena nama Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Pada tahun 1943, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai dua peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan pada tahun 1949. Upacara perasmian bangunan sekolah ini telah dilakukan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Guru Besar yang pertama adalah Encik V.M. Franscis.
Pada tahun 1952, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tok Sulong. Pada tahun 1968, bangunan baru telah siap dibina dan seterusnya dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari. Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman telah diurus tadbir oleh beberapa orang Guru Besar sehingga kini seperti nama di bawah:
1943 - Encik V.M. Francis
1952 - Encik K.Ponnudurai
1958 - Tuan Haji Puteh Bin Haji Tahir
1960 - Encik Khanteswamy
1962 - Encik Mokham Singh
1972 - Encik Eddie Joseph
1980 - Encik Thum Kim Yee
1984 - Tuan Haji Rashidi Bin Haji Ludin PJK
1987 - Tuan Haji Zainuddin Bin Madon PPN
1992 - Encik Othman Bin Hassan PJK
1997 - Encik Ibrahim Bin Sudin
2000 - Encik Ismail Bin Bakar
2004 - Encik Nordin Bin Sulaiman
2009 - Encik Kamarudin Bin Ismail
2017 - Puan Hajah Hamimi Binti Abdullah
2021 - Encik Mohd Zakir Bin Md Halil
Kini, sekolah ini mempunyai murid seramai 365 orang, 42 orang guru, 7 orang kakitangan sokongan, 6 buah kelas aliran perdana, 2 buah kelas prasekolah, 4 buah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 1 buah kelas Pra PPKI.Ā
PAUTAN PANTAS
Pautan Ibu bapa / Murid