Matlamat
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan krikitical,memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.
Objektif
Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan Hal Ehwal Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.
KPI HEM 2023
1. Memperkasakan pengurusan Hal Ehwal Murid ke tahap gemilang
• Mesyuarat dan taklimat JK HEM 4 kali setahun
• Pengurusan fail HEM mengikut sistem pengurusan fail yang telah diluluskan oleh pihak JPN.
• Dokumentasi HEM diuruskan mengikut sistem SKPMg2
2. Memantapkan sahsiah murid ke tahap maksimum dengan penggunaan aplikasi SSDM- (sifar kes berat)
• Meningkatkan pembangunan sahsiah murid
• Murid berpeluang untuk memperbaiki sahsiah diri masing-masing dengan penguatkuasaan sistem merit dan dimerit.
• Memberi markah merit kepada pelajar yang menunjukkan sahsiah yang positif mengikut buku peraturan sekolah.
• Menganugerahkan anugerah Permata Budiman kepada murid yang cemerlang sahsiahnya.
3. Memastikan kehadiran murid ke sekolah seratus-peratus
• Kehadiran murid melepasi 95 peratus di akhir tahun 2022.
• Sijil kecemerlangan kelas dianugerahkan kepada kehadiran kelas terbaik setiap bulan.
• Pelajar yang hadir seratus-peratus akan diberi sijil penghargaan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Unit HEM.
4. Memastikan kantin bersih, ceria dan selamat serta menepati ciri-ciri Gred A dalam pengurusan kantin.
• Mesyuarat JK Kantin diadakan sebulan sekali.
• Memantau laporan kendiri pengusaha kantin setiap hari.
• JK kantin menjalankan pemantauan setiap hari dan membuat teguran serta-merta terhadap segala ketidakakuran.
5. Memantapkan program keselamatan sekolah.
• Kempen keselamatan diadakan setiap bulan Mac
• Latihan kebakaran diadakan dua kali setahun.
• Laluan kebakaran dan peraturan Keselamatan di tampal di setiap kelas dan bilik-bilik khas.
• Pemeriksaan alat-alat dan sistem penggera keselamatan setahun sekali.
• JK kantin menjalankan pemantauan setiap hari dan membuat teguran serta-merta terhadap segala ketidakakuran.
6. Memperkasakan pengurusan KWAPM, RMT /BAP (RM 100) Lain-lain bantuan
• JK Bantuan Kebajikan dan RMT mengadakan mesyuarat 4 kali setahun.
• Menguruskan pemohonan untuk semua murid yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
• Pemantauan pencapaian penerima Bantuan :
i. 1- 60% akademik
ii. 2- Gred B kokurikulum
iii. 3-Sifar kesalahan disiplin