Pengenalan
Kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran. Kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.
Strategi pengurusan kurikulum ini adalah bertujuan untuk memastikan Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, dapat melaksanakan perancangan aktiviti-aktiviti pengurusan kurikulum dengan teratur dan terancang bagi memastikan perjalanan kurikulum sekolah dilaksanakan dengan efisyen agar dapat menjamin peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan seperti yang dihasratkan dalam Kurikulum Kebangsaan.
Ia merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan murid dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi untuk menanam dan mempertingkatkan lagi nilai moral yang diingini serta menyampaikan pengetahuan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.
Objektif
Memahami, Mengaplikasi dan Mematuhi Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Arahan Pekeliling KPM Mengenai Pengurusan Kurikulum Untuk Dilaksanakan Dengan Adil dan Telus.
Mengetahui dan Memahami Peranan dan Bidang Tugas Sebagai Pelaksana Kurikulum.
Merancang, Melaksana dan Memantau Fungsi Jawatankuasa yang Berkaitan Kurikulum.
Berusaha Melaksanakan Faktor-faktor yang Membantu Meningkatkan Pencapaian Kurikulum.
Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Prestasi Kurikulum Sekolah.
Matlamat
Kepimpinan Sekolah Dapat Mengenali, Memahami dan Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Pengurus Kurikulum di Sekolah Dengan Lebih Berkesan.