SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SKBBSL
Logo Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang direkabantuk dalam dua komponen utama iaitu simbol-simbol dan warna-warna. Komponen-komponen tersebut mengambil kira semua aspek dan membawa maksud yang tersendiri sesuai dengan penubuhannyadi permulaan abad ke 21.
Tafsiran
a) Bentuk asas.
Berbentuk bulatan yang melambangkan keazaman dan kesepaduan setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan visi dan misi sekolah.
b) Lambang-lambang.
Buku yang berada di tengah-tengah logo melambangkan komitmen murid-murid sekolah ini yang sentiasa dahagakan ilmu. Ia juga melambangkan minat membaca yang ditanam dalam minda setiap warga SKBBSL yang manjadi asas budaya ilmu.Obor yang menyala melambangkan kecemerlangan pelajar dalam semua bidang yang diceburi yang juga menjadi matlamat warga sekolah.Tiga Bulatan yang saling terikat melambangkan komitmen sekolah terhadap tiga bidang utama iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid dan ko-kurikulum.Gear yang mempunyai enam bilah melambangkan pendidikan asas yang bermula di peringkat rendah daripada tahun 1 hingga tahun 6. Ia merupakan permulaan sistem pendidikan secara formal.Planet melambangkan hasrat sekolah untuk turut terlibat dalam menerapkan penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan kehendak wawasan negara. Ia juga membawa maksud kepekaan warga sekolah terhadap kepentingan memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.Suku Bulatan Merah Putih melambangkan penguasaan kemahiran komputer dan teknologi maklumat selaras dengan kehendak Wawasan Pendidikan.Jalur Merah Putih melambangkan percambahan daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menjana kecemerlangan.Bulan Sabit yang menaungi logo melambangkan kesucian dan ketelusan dlam menuntut ilmu serta prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan pencipta alam semesta.
c) Warna
Logo SKBBSL mempunyai empat warna asas iaitu biru, kuning, putih dan merah yang membawa pengertian berikut:
Biru melambangkan semangat permuafakatan yang jitu antara pihak sekolah, waris, murid serta anggota masyarakat dalam usaha memajukan bidang pendidikan yang menjadi asas pembangunan dan kemajuan negara.Kuning melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara. Ia juga menggambarkan ciri-ciri sahsiah dan etika hidup murni yang menjadi matlamat warga sekolah ini.Merah melambangkan semangat yang kental dan berkobar-kobar dalam jiwa setiap warga SKBBSL ke arah mencapai kecemerlangan.Putih menggambarkan keikhlasan dan keluhuran warga sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan. Ia juga melambangkan persekitaran fizikal sekolah yang bersih, ceria dan kondusif dalam membantu memperingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Motto
Motto "Kecemerlangan Pendidikan" ini dipilih seiring dengan motto Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman iaitu 'Sederap Melangkah Ke Hadapan'. Sehubungan itu, warga SKBBSL sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal-ehwal murid, ko-kurikulum dan kecerian. Kecemerlangan Pendidikan yang hendak dicapai adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.