SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SKBBSL
CARTA ORGANISASI
OBJEKTIF UNIT KURIKULUM SKBBSL
Unit Kurikulum SK Bandar Baru Sungai Lalang akan berusaha dan berjanji untuk memastikan :
1. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan alatan belajar dan mengajar.
2. Guru dan murid sentiasa mempunyai jadual waktu sepanjang sesi persekolahan.
3. Guru perlu mengamalkan aspirasi Sistem Pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan don kecekapan untuk mencapai PPPM
4. Murid pula mengamalkan enam ciri utama untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian dan identiti nasional.
5. Program Peningkatan Akademik 2024 dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.
6. Sasaran Pentaksiran Bilik Darjah (pembelajaran) PT6/2024 tercapai dan berfokus kepada melepasi tahap penguasaan 3.
7. Semua program panitia dapat berjalan dengan teratur dan bersistematik.
VISI UNIT KURIKULUM SKBBSL
Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang akan memastikan
Visi Kementerian Pendidikan Malaysia "Pendidikan Berkualiti lnsan Terdidik Negara Sejahtera" tercapai.
MATLAMAT UNIT KURIKULUM SKBBSL
Memberi pengetahuan dan pendidikan yang bermutu selaras dengan FPK supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal dan berketrampilan bagi merealisasikan visi sekolah.
Meningkatkan prestasi akademik setiap murid ke tahap cemerlang dengan pemikiran kreatif dan kreatis.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dalam abad ke-21.
Melahirkan murid-murid yang kreatif, rajin, bersahsiah tinggi, berinovasi dan mempunyai daya tahan mental yang kental.
Melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang kreatif selari dengan konsep KBAT.