SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SKBBSL
PENGURUSAN 3K
PENGERUSI : RAZALI BIN AWANG (HR01)
NAIB PENGERUSI 1 : BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH (HR03)
NAIB PENGERUSI 2 : ZAKIAH BINTI ZAKARIA (HR02)
NAIB PENGERUSI 3 : BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH (HR04)
NAIB PENGERUSI 4 : SANITA BINTI ISHAK (HR05)
PENYELARAS : RADZWAN BIN MAT
SETIAUSAHA KESELAMATAN & KECEMASAN : KHAIRUL SYAZLAN BIN RAMLI
SETIAUSAHA KEBERSIHAN & KECERIAAN : MASNIEZA BINTI ANGKASAH
SETIAUSAHA KESIHATAN : JAMILAH BINTI ABDULLAH
AJK : FARIDAH BINTI MUHAMAD
: HAZLINA BINTI AHMAD
: AFIQAH BINTI IBRAHIM
: PEKERJA KEBERSIHAN
: PENGAWAL KESELAMATAN
Rujukan :
· Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Di sekolah KPM.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/1987: Amalan Kebersihan Di Sekolah.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1996: Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/1998: Menjaga Kesihatan Murid di Sekolah.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5/1988: Penyakit-Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis A) Dan Keracunan Makanan
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/1998: Menjaga Kesihatan Murid di Sekolah
· Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007: Panduan Pengurusan Pejabat.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/1999 : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7/2000 : Mencegah Kebakaran Di Sekolah.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
· Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2011 : Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah.
Bidang Tugas:
· Tugas Utama PGB dan GPK melakukan pemantauan, kawal selia dan pengesahan prestasi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan di sekolah.
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah tiga (3) kali setahun. (Januari, Jun dan September).
Merancang dan mengemaskinikan Program 3K peringkat sekolah.
Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.
Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan Program 3K.
Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah.
Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD. (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan)
Mengumpul maklumat program 3K -Penggredan Kendiri Kantin Sekolah (oleh Pengusaha Kantin) -Senarai Semak Keselamatan Sekolah
Kebersihan dan Keceriaan (C 4.1)
Memastikan iklim suasana sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa.
Memastikan panduan kebersihan bagi sekolah dipatuhi.
Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah.
Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.
Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa.
Mengamalkan tindakan positif dalam memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri warga sekolah supaya mereka dapat menjadikan amalan menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan.
Menangani masalah disiplin murid dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.
Merancang cara meningkatkan keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah serta tandas di sekolah.
Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Gotong Royong untuk keceriaan persekitaran sekolah.
Memastikan langkah-langkah pencegahan denggi dilaksanakan: -Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.
Memberikan garis panduan kepada guru bagi menyelaraskan aktiviti Pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat.
· Menyebarkan maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah media. - Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. - Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi. - Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib.
Kesihatan (C4.2)
Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
Mengumpulkan dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama Guru Kelas/ Penyelaras Tahun.
Membantu pegawai kesihatan mengurus pemeriksaan kesihatan gigi dan suntikan.
Membantu mengurus murid yang memerlukan rawatan awal.
Menyimpan minit-minit mesyuarat JK Pengurusan 3K.
Memastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk bilik darjah, tandas, asrama dan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat supaya murid tidak dijangkiti penyakit.
Melaporkan semua kes penyakit berjangkit muntah, cirit-birit dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah/kantin kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak membenarkan murid yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah yang ditentukan oleh Pegawai Kesihatan yang bertauliah.
Menggalakkan murid-murid menjaga serta mengawal kebersihan diri dan kebersihan alam sekitar, seperti: -membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas. -membasuh tangan sebelum menjamah makanan. -menjaga kebersihan tandas.
Menitikberatkan aspek-aspek kesihatan diri, makanan dan pemakanan, kesihatan masyarakat dan sebagainya kepada murid-murid serta menegaskan kaitannya dengan penyakit berjangkit, terutama penyakit-penyakit yang merebak melalui makanan dan minuman.
Melarang murid-murid membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah.
Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi- agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat.
Keselamatan & Kecemasan ( C4.3)
Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah yang berkaitan risiko keselamatan untuk tindakan selanjutnya.
Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran PGB sebelum berurusan di sekolah.
Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada PGB.
Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan (jika perlu).
Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
Mengadakan latihan mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
Memastikan pelan laluan keselamatan dan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan murid.
Memastikan peralatan alat pemadam api berada di tempat sepatutnya serta memaklum pada pentadbir jika sudah menghampiri tarikh luput.
Meletakkan tanda amaran 'BAHAYA' di tempat-tempat yang berbahaya.
Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah.
Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.
Melaporkan sebarang kerosakan suis, alat elektrik dan pendawaian kepada pentadbir.
Memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa jika berlaku sekolah dicutikan kerana kecemasan, kebakaran dan bencana melalui platform komunikasi dan Internet yang ada.
Mengisi Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS).
D1) Keselamatan Diri murid
Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.
Memastikan kebersihkan semak samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat.
Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
Menggalakkan murid agar sentiasa berkumpulan khususnya ketika pergi dan balik dari sekolah dan melarang murid-murid berseorangan khususnya ketika berada di tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa.
Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.
Bekerjasama dalam merancang aktiviti bersama-sama dengan Kelab Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan di sekolah.
D2) Keselamatan Bangunan dan Pencegahan Kebakaran
Memastikan semua pendawaian di bangunan sekolah berfungsi dengan baiknya dan berada dalam keadaan selamat dengan merujuk kepada pihak JKR dan Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri.
Memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggantikan pendawaian telah melebihi jangka masa piawaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba, pemadam api (fire extinguisher), dan alat pencegah kebakaran automatik/manual sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Mengadakan ceramah dan pameran bomba.
Mengadakan aktiviti fire drill di sekolah dengan melibatkan semua murid, guru-guru, dan semua kakitangan sekolah.
Mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher).
Mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran di sekolah.
Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.
D3) Program Sekolah Selamat
Memberikan pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.
Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.