SELAMAT DATANG KE PORTAL DIGITAL SKBBSL
Bendera SKBBSL di rekabentuk bagi mempamerkan imej dan identiti sekolah serta memupuk keharmonian dan kesepaduan di kalangan guru dan murid agar berusaha meningkatkan martabat institusi pendidikan untuk terus bersaing dalam semua peringkat.
BENTUK BENDERA
Bendera SKBBSL berbentuk segiempat tepat. Terdapat dua jalur berwarna merah dan biru yang bersambung ke pepenjurunya. Di Tengah-tengah jalur terletak logo sekolah.
SAIZ BENDERA.
Bendera yang dihasilkan berukuran 160 cm panjang dan 75 cm lebar. Bulatan logo terletak di tengah-tengah bendera mempunyai jejari berukuran 15 cm. Setiap jalur mempunyai ketebalan 10 cm.
TAFSIRAN
Bendera SKBBSL terdiri daripada logo sekolah yang berlatarbelakangkan warna kuning dan jalur merah biru.
Warna Kuning di pilih sesuai dengan visi sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dan berketrampilan dalam semua bidang. Ia juga melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Jalur Merah dan Biru yang mengunjur dari penjuru ke penjuru bendara melambangkan usaha warga sekolah untuk mengembangakan potensi individu dan sumber yang ada secara optimum melalui pemuafakatan dan semangat yang kental. Jalur biru melambangkan pemuafakatan dan jalur merah melambangkan semanagat yang kental.
Logo Sekolah yang terletak di tengah-tengah bendera melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PENCIPTA LOGO DAN BENDERA
Logo dan bendera SKBBSL direkacipta hasil daripada sumbangan idea dan kreativiti semua warga perintis SKBBSL seramai 9 orang yang terdiri daripada 7 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan iaitu:
1. Pn. Eshah Bt Awg Talib - Guru Besar
2. En. Abdul Jamil B Nazri - Guru
3. En. Mohd Asri B Ahmad - Guru
4. En. Zakariah B Harun - Guru
5. En. Abdul Rahman B Itam - Guru
6. Pn. Fadzilah Bt Morat - Guru
7. Pn. Noor Amirzenah Bt Othman - Guru
8. Pn.Rosbiyani Bt Mohd Radzi - Pembantu Tadbir
9. En. Muhammad Safrizan B Suib - Pembantu Am Rendah.