Umum mengetahui bahawa Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang unik dan menarik. Permainan tradisional merupakan salah satu warisan dalam budaya setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Permainan tradisional adalah permainan yang dicipta dan diwarisi dari generasi ke generasi dalam sesuatu masyarakat. Setiap kaum di Malaysia mempunyai permainan tradisional tersendiri yang mencerminkan gaya hidup, kepercayaan, nilai masyarakat masing-masing.
Melambangkan identiti budaya setempat di Malaysia.
Melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan semula jadi seperti daun kelapa, batu, kayu dan kain.
Merupakan aktiviti rekreasi atau hiburan.
Melibatkan kemahiran fizikal, mental dan sosial.
Permainan tradisional memastikan warisan budaya tidak ditelan zaman.
Permainan tradisional memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai patriotisme, nilai kerjasama dan nilai kesabaran.
Permainan tradisional meningkatkan daya fikir dan kreativiti seseorang individu.
Permainan tradisional menjadi hiburan masyarakat yang mampu menyatukan orang ramai.
Permainan tradisional menjadikan tarilkan pelancong yang berpotensi untuk memperkenalkan budaya kita ke seluruh dunia.