Sepak raga merupakan sejenis permainan tradisional yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu pada abad ke-15. Pada zaman dahulu, sepak raga dimainkan dengan menggunakan bola raga yang diperbuat daripada rotan.
Sepak raga merupakan sejenis permainan laman dan boleh dimainkan dalm kumpulan yang kecil, iaitu empat orang atau lebih. Dalam permainan ini, pemain memerlukan kemahiran yang cekap untuk menimbang bola dan menendang bola.
Cara Bermain:
Pemain-pemain akan berdiri dan membentuk satu bulatan.
Permainan akan dimulakan dengan seorang pemain melambungkan bola raga kepada pemain lain.
Pemain yang menerima bola hendaklah menyepak bola dengan cepat atau menimbang bola supaya bola itu tidak jatuh ke lantai.
Kini, permainan sepak raga juga dikenali sebagai sepak takraw dan corak permainannya turut mengalami evolusi.
Permainan ini telah dimainkan untuk tujuan pertandingan dan dimainkan di dalam gelanggang. Dalam satu pertandingan, hanya ada 2 pasukan atau regu sahaja yang akan bertanding. Setiap regu mempunyai tiga orang pemain utama dan seorang pemain gantian. Seorang pemain dikenali sebagai tekong akan berada di tengah gelanggang, manakala dua orang pemain yang lain, iaitu apit kiri dan apit kanan akan berada di bahagian kiri dan kanan gelanggang.
Menggunakan kemahiran kaki kiri atau kaki kanan untuk menimbang bola dalam bentuk sila.
Menyepak bola dengan punggung kaki. Biasanya digunakan semasa "servis".
Menggunakan kemahiran kaki di bahagian hujung jari untuk mencungkil bola agar dapat ditimbang.
Menggunakan kemahiran kaki untuk menimbang bola dengan menggunakan bahagian peha.
emainkan bola dengan kepala untuk menerima bola atau menyelamatkan bola sepakan dari pemain lawan.
Menyepak bola dengan menggunakan telapak kaki. Ini adalah digunakan untuk "smash" pihak lawan, menahan "smash".