Kabaddi merupakan permainan tradisional kaum India dan ia berasal dari negara India. Permainan ini mewujud sejak 4000 tahun dahulu di India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan juga tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun serta Iran.
Kebiasaannya, permainan kabaddi dimainkan untuk membangunkan responsif dengan cepat kepada serangan dan juga mengasah reflek serangan balas daripada individu.
Permainan Kabaddi ini dimainkan antara dua pasukan.
Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain, iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
Seterusnya, penyerang akan bermula menjerit dengan perkataan "kabaddi" tanpa berhenti sehingga penyerang itu menghabiskan pusingan dia dalam permainan itu, sampai pulang ke pasukannya.
3. Pasukan pertahanan perlu membentuk sebuah rantaian seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Mereka harus mengelakkan diri mereka disentuh oleh penyerang.
4. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan gelanggang.
5. Jika rantai itu terputus disebabkan oleh penyerang yang telah menyentuh salah seorang daripada rantaian tersebut, pemain-pemain pihak lawan itu perlu menghentikan dan menahan penyerang yang ingin balik ke pasukannya.
6. Apabila penyerang itu ditahan oleh pihak lawan itu telah menyentuh garisan tengah gelanggang, maka penyerang itu selamat dan boleh berteruskan permainan.
Jika penyerang tersebut gagal untuk menyentuh garisan tersebut, maka penyerang dianggap kalah dan perlu keluar daripada permainan.
Perlawanan ini diteruskan dengan penghantaran setiap pemain daripada kedua-dua pasukan secara bergilir-gilir.