Wau merupakan salah satu permainan tradisional kaum Melayu sejak beratus-ratus tahun lagi. Permainan tradisional ini berasal dari Kelantan, dicipta oleh Sang Jaya sekitar tahu 711 hingga 839 Masihi. Pada asalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara, sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah serta menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain. Selain negeri Kelantan, permainan ini juga terkenal di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu.
Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Perkataan "wau" ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri tersebut.
Permainan wau merupakan sejenis permainan laman kerana ia sering dimainkan di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang dan sawah padi.
Wau selalu mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
Wau Merak
Wau Puyuh
Wau Kapal
Wau Barat
Wau Seri Negeri
Wau Hedang
Wau Kikik
Wau Kangkan
Wau Kebayak
Wau Dodo Helang
Wau Kucing
Wau Seri Bulan
Wau Kenyalang
Wau Bulan
Wau Jala Badi
Diambil dari: https://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/permainan-wau.html
Kepala
Badan dan Sayap
Pinggang
Ekor
Peralatan & Bahan
Buluh
Pisau
Kertas
Pensil
Gunting
Gam
Tali