Teknik: Kolaj
Pada minggu ini, kita akan berbincang tentang bahasa seni visual yang ada dalam corak dan rekaan iaitu kolaj.(klik gambar bunga di sebelah)
Untuk menghasilkan karya yang baik, kamu perlu tahu konsep ruang, saiz dan warna serta teknik-teknik kolaj yang berbeza. Warna panas dan sejuk boleh mewujudkan kesan harmoni. Kamu boleh membaca dengan lebih lanjut dalam buku teks muka surat 22 hingga 26.
Tema: Alam semulajadi
Teknik : Kolaj dan montaj
ARAHAN :
Sediakan alatan : kertas lukisan, warna air, krayon, berus lukisan. gambar bunga/pokok, gam gunting.
Lukis tajuk poster kamu. Boleh lukis mengikut amaginasi kamu. Warnakan lukisan kamu menggunakan warna air dan krayon mengikut tona.
Sediakan gambar bunga/pokok. Susun mengikut kesesuaian sebelum ditampal atas lukisan.
Jangan bertangguh menyiapkan lukisan kamu. Cikgu akan membuat penilaian pada lukisan yang dihantar. Sila hantar sebelum atau pada 10/2/2021.
Muat turun lukisan pada Cikgu Wira(6S) dan hantarkan lukisan pada link berikut https://forms.gle/kBtfxwiFRHZHUQLn7 kepada Cikgu Nazlina(6L)
Selamat mencuba.
Sediakan alatan : kertas lukisan, warna air, krayon, berus lukisan. gambar hidupan laut, gam gunting.
Lukis pemandangan dasar laut. Boleh lukis mengikut amaginasi kamu. Warnakan lukisan kamu menggunakan warna air dan krayon mengikut tona.
Sediakan gambar hidupan laut. Susun hidupan laut mengikut kesesuaian sebelum ditampal atas lukisan.
Jangan bertangguh menyiapkan lukisan kamu. Cikgu akan membuat penilaian pada lukisan yang dihantar. Sila hantar sebelum atau pada 4/2/2021.
Muat turun lukisan pada Cikgu Wira(6S) dan hantarkan lukisan kamu secara whatsapp kepada Cikgu Nazlina(6L)
Selamat mencuba.