Tarikh 28/10/2021(JUMAAT)
Tarikh 15/10/2021(JUMAAT)
Tajuk: Serupa tapi tidak sama
Bahan/alatan:
2 bekas minuman air kotak,, straw, penutup botol,(4), gam uhu, gunting,
Tonton video untuk melihat cara membuat 'model lori'. Boleh gunakan kreativiti kamu untuk menggunakan bahan yang boleh diguna semula di sekeliling kamu. Kamu juga boleh mereka cipta model yang lain.
Selamat mencuba.
Tarikh 10/9/2021(JUMAAT)
Tajuk: Beruang Comel
Bahan/alatan:
kertas lukisan, kertas A4 warna, cawan kertas, batang ais krim, gam uhu, gunting, alat tulis, pensel warna/magic colour
Tonton video untuk melihat cara membuat 'beruang comel'.
Selamat mencuba.
Tarikh 3/9/2021(JUMAAT)
Tajuk:Songkok Pelangi
Bahan/alatan:
tisu, gelang getah , warna air, bekas warna, berus lukisan, gunting, salotape/stapler, manila kad
Tonton video untuk melihat cara membuat songkok pelangi. Sebelum itu, kamu perlu membuat ikatan dan celupan menggunakan tisu.
Setelah siap, tampal atas manila kad, potong dan cantumkan membentuk songkok.
Selamat mencuba.
Bahan/alatan:
kertas A4, pensel warna/krayon/warna magic.
Sempena bulan kemerdekaan. kita akan membuat jet pejuang Hari Kemerdekaan.
Tonton video untuk melihat cara membuat origami jet pejuang. Kamu boleh juga membuat origami jet pejuang/kapal terbang.
Hias jet pejuang kamu dengan motif bunga raya dan bendera serta corak secara kreatif.
Selamat mencuba.
Tajuk : Gajah Menari
Bahan/alatan:
kertas lukisan, warna air, bekas warna dan berus lukisan, mata(jika ada)
Minggu lepas kita telah menghasilkan hasil seni menggunakan sayur-sayuran dengan teknik capan. Kali ini kita membuat capan dengan mengecap tapak tangan kamu.
Tonton video untuk melihat cara menghasilkan 'gajah menari'
Selamat mencuba.
Bahan/alatan:
kertas lukisan, sayur, warna air, bekas warna,
dan berus lukisan
Hasilkan satu corak menggunakan teknik capan daripada sayur-sayuran mengikut kreativiti kamu.
Selamat mencuba.
Tekan gambar di bawah untuk lebih info tentang capan.
TAJUK : LARI SANG TIKUS LARI
TEKNIK : TIUPAN
BAHAN/ALATAN : HASIL KERJA TIUPAN, KERTAS LUKISAN, GAM, GUNTING, TALI/GETAH
Langkah.
Bentukkan hasil kerja tiupan menjadi bentuk kon.
Lukis bentuk mata dan telinga. Tampal pada topi.
Letakkan tali/getah pada bahagian bawah topi.
Hantar hasil kerja pada cikgu...jangan lupa.
Tonton video cara membuat topi Sang Tikus.
Selamat mencuba.
TAJUK : LARI SANG TIKUS LARI
TEKNIK : TIUPAN
BAHAN/ALATAN : WARNA AIR, PALET, KERTAS LUKISAN, STRAW
Langkah :
Tiup straw secara perlahan dan kuat. Adakah terdapat perbezaan.
Sediakan bahan dan alatan.
Titikkan warna atas kertas lukisan, tiup warna air tersebut dengan menggunakan straw. Titiskan pelbagai warna dan tiup pelbagai arah, kiri,kanan, atas dan bawah.
Kamu boleh rujuk buku teks muka surat 63 dan 64.
Simpan hasil kerja kamu untuk digunakan pada aktiviti 2 minggu lagi.
Hantar hasil kerja yang telah siap kepada cikgu.
Teknik : Gosokan
1.Tonton video dengan teliti.
2. Sediakan bahan dan alatan iaitu gambar ayam kampung( print bahan yang diberi melalui wasap kelas atau lukis), pensel dan pensel warna.
3. Warnakan lukisan dengan melorek di atas permukaan berjalinan seperti tugasan yang kamu buat pada minggu lepas.
4. Hantar lukisan kamu kepada cikgu untuk diberi penilaian.
1.Tonton video dengan teliti.
2. Sediakan kertas A4, lipat kepada 4 bahagian.
3. Sediakan benda-benda berpermukaan kasar yang terdapat di rumah kamu seperti span, duit syiling.
4. Letakkan benda berpermukaan kasar dibawah kertas A4. Gosok permukaan kertas A4 dengan pensel warna.
5. Hantar hasil kerja kamu di ruangan upload hasil kerja di website ini ya.
Selamat Mencuba.
Sub tema : Tinggi dan rendah
Tahukah kamu warna asas dalam kehidupan kita. Warna asas ialah warna yang tidak boleh dihasilkan oleh warna lain. Kamu boleh tonton video di sebelah untuk ketahui warna-warna tersebut.