PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 LESTARI DAN 6 SATRIA
TARIKH : 8 Oktober 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Hari ini kita akan lihat semula unit 14 dengan video yang berlainan
Anda masih lagi perlu rujuk buku teks muka surat131-136
Jawab soalan dalam buku teks dan soalan interaktif yang diberi
Tahniah kepada yang telah menghantar tugasan sebelum ini . Yang belum masih berpeluang melengkapkannya
Selepas ini kita akan laksana PBL bagi mata pelajaran Moral
Harap anda bersedia ya
Latihan ( KLIK SINI )
TARIKH : 30 September 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Bertemu kembali untuk Unit 13
Anda dikehendaki merujuk buku teks mukasurat 121-123
Tonton 2 video ringkas dengan teliti dan faham isi kandungan yang disampaikan
Lengkapkan lampiran latihan interaktif yang diberikan kemudian forwadkan jawapan anda kepada saya
Selamat mencuba
TARIKH : 27 September 2021 (ISNIN)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Minggu ini kita akan belajar unit 13 nilai kesederhanaan
Tonton video yang dilampirkan dengan merujuk buku teks mukasurat 119, 120, 123
Tugasan anda ialah
1️⃣ Senaraikan kemudahan prasana atau kemudahan perkhidmatan yang disediakan untuk keselesaan hidup rakyat
2️⃣salin pera minda cara menggunakan prasana secara berhemah
3️⃣Apakah yang patut anda lakukan apabila melihat kemudahan awam dirosakkangkap soalan berikut
Nyatakan agensi ini
TARIKH : 20 September 2021 (ISNIN)
Selamat pagi dan selamat kembali berpdpR semua
Hari ini kita akan menonton video ringkas unit 12 dengan nilai kerjasama
Rujuk buku teks muka surat 113-114 kemudian lengkap soalan berikut
Berikut adalah langkah² mengadakan Program Minggu Pencegahan Jenayah di Sekolah
Anda dikehendaki mendapatkan informasi mengenai program ini.
Nyatakan bahagian tugasan yang anda sukarela untuk lakukan
TARIKH : 10 September 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua
Hari ini kita akan menonton video mengenai unit 12
Faham dan amalkan cerita dan penerangan lengkap topik ini
Sebagai aktiviti hujung minggu, lengkapkan 2 latihan interaktif yang dilampirkan
Jangan lupa siapkan dengan jawapan yang tepat
Selamat mencuba
LIVE WORKSHEET ( KLIK SINI )
WORDWALL (KLIK SINI)
TARIKH : 9 September 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Hari ini kita masuk topik Kerjasama Diberi Khidmat Dicurahkan
Anda dikehendaki menonton video penerangan dengan merujuk buku teks muka surat 111 dan 112
Jawab 3 soalan asah minda dalam buku latihan anda
Lampiran dibawah sebagai nota jawapan
TARIKH : 6 September 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua
Hari ini kita akan pelajari unit 12
Anda perlu rujuk buku teks muka surat 109-110 sambil menonton video yang dilampirkan
Salin penerangan dilampirkan dan jawab 3 soalan yang diberi dalam buku latihan
TARIKH :3 September 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua
Hari ini kita masih lagi dengan unit 11
Tonton 2 video yang dilampirkan dengan teliti. Anda perlu rujuk buku teks muka surat 104-106
Tugasan anda ialah rakamkan video anda menceritakan semula buku cerita yang anda pernah baca
Tanamkan cita² dan berusaha mencapainya melalui amalan membaca buku
Semoga anda berjaya dengan cita² anda pada masa hadapan
TARIKH :2 September 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi semua murid
Hari ini kita akan pelajaran topik kreativiti menjana ekonomi.
Murid² dikehendaki merujuk buku teks mukasurat 102-103 sambil menonton video ini
Anda dikehendaki menfhasilkan salah satu hasil kraf tangan yang dinyatakan mengikut kreativiti dan bahan yang sesuai
Hantar hasil anda sebelum 10 Sept untuk menuntut hadiah istimewa yang disediakan.
Usaha anda amat bermakna dalam keberhasilan kemahiran yang dipelajari.
Jom praktikkan nilai yang dipelajari hari ini
Jawab soalan berikut dalam buku latihan...Penerangan jawapan ada dalam video tersebut.... Harap dapat melengkapkan soalan
TARIKH :26 AUGUST 2021 (KHAMIS)
Salam pagi dan salam sejahtera semua
Kenali tokoh reka cipta dan inovasi... Anda boleh layari internet untuk mencari ciptaan lain yang membantu kehidupan seharian... Selamat mencuba
TARIKH :23 AUGUST 2021 (ISNIN)
Salam pagi dan salam sejahtera semua
Hari ini kita akan pelajari unit 11 dengan merujuk buku teks muka surat 99 dan 100
Dengan penerangan topik yang disampaikan.
Faham dan prakyik nilai kerajinan yamg dijelaskan
Salinkan 5.kepentingan bersikap rajin demi kemajuan negara dalam buku latihan dengan kemas
Ingat kata² motivasi yang dilampirkan.
Cikgu percaya anda adalah yang tergolong murid yang rajin dan ingin maju jaya ...
TARIKH :19 AUGUST 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Hari ini kita masuk unit baru nilai kerajinan
Tonton penerangan video yang diberikan dengan teliti
Salinkan nota yang diberikan bagaimana kita hendak jadi rajin dalam kehidupan seharian dalam buku latihan
TARIKH :16 AUGUST 2021 (ISNIN)
Selamat pagi semua
Hari ini kita akan membincangkan sub topik Bertundak Jujur Hidup Diberkati
Rujuk buku teks Muka surat 96
Lengkapkan jadual berikut dengan penyataan dibawah
1. Peguam
Cara bersikap jujur - memberkas / menangkap penjenayah yang menjejaskan keharmonian rakyat
Kebaikan bersikap jujur - keselamatan rakyat terbela
2. Jururawat
Cara bersikap jujur - merawat pesakit tanpa mengira darjat dan kedudukan
Kebaikan bersikap jujur - pesakit dapat menerima rawatan dengan adil dan saksama
3. Pegawai bank
Cara bersikap jujur- tidak melakukan penyelewengan dalam urusan kewangan
Kebaikan bersikap jujur- pelanggan akab berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi
Lengkapkan peta minda perasaan apabila bersikap jujur (m/s 96)
Tandakan skala yang dipilih bagi setiap pernyataan di muka surat 97
TARIKH :13 AUGUST 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua murid
Hari ini kita akan tontom video dari eduweb TV mengenai topik kejujuran
Hayati lakonan yang dipersembahkan dengan teliti
Amalkan seberapa banyak perlakuan kejujuran dalam kehidupan seharian
Lengkapkan soalan interatif yang dilampirkan
TARIKH :12 AUGUST 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi semua
Jom tonton 2 video yang diberikan dan rujuk buku teks muka surat 93 dan 95
Amalkan sikap jujur dan elakkan perlakuan yang tidak jujur dalam kehidupan seharian
Mengetahui etika perniagaan yang perlu dipatuhi semasa berurusan
Anda dikehendaki menjawab soalan interaktif yang diberikan
(KLIK SAYA) untuk latihan
TARIKH :9 AUGUST 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi dan salam sejahtera semua
Hari ini kita akan pelajari topik unit 20 Rakyat Jujur Negara Makmur
Tonton vodeo penerangan yang dilampirkan dan rujuk buku teks muka surat 89 dan 90. Dalam buku latihan, lengkapkan soalan berikut:-
1. Nyatakan maksud jujur
2. Apakah ciri-ciri orang yang jujur?
3. Apakah punca amalan rasuah?
4. Lukiskan peta minda yang menunjukkan kesan gejala rasuah kepada:-
a) diri sendiri
b) keluarga
c) masyarakat
d) negara
5. Senaraikan 5 cara membanteras gejala rasuah
TARIKH : 6 AUGUST 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua
Hari ini anda dikehendaki menonton dan memperdengarkan dialog perbualan
Merujuk buku teks, Jawab soalan penilaian formatif muka surat 87 dan soalan penilaian sumatif muka surat 88 ke dalam buku latihan
Kemudian cuba jawab soalan interaktif melalui link yang diberikan
Selamat mencuba ...
Latihan (KLIK SINI)
TARIKH : 5 AUGUST 2021 (KHAMIS)
Selamat pagi semua
Hari ini kita masuk topik Sahut Cabaran Demi Negara m/s 81
Dengar dan tonton video dengan teliti
Salin 4 rajah peta minda yang dilampirkan
Kemudian jawab latihan pengesanan live work sheet yang disediakan
Selamat belajar dan sihat selalu
Latihan (KLIK SINI)
TARIKH :2 AUGUST 2021 (ISNIN)
Selamat pagi dan salam berPDPR
Tonton video yang dilampirkan dengan teliti
Kemudian dalam buku latihan
1. Huraikan 3 sikap berani yang ada pada profesor Datuk Dr Jimmy Choo sehungga mengharumkan nama negara
2. Senaraikan seorang tokoh yang mengharumkan nama negara dalam bidang:-
A. pendidikan :-
B. Musik/ seni :-
C. Kesihatan :-
D. Restoran :-
E. Sukan :-
F. Perniagaan :-
Cikgu pasti anda juga mampu mengharumkan nama negara dan menjadi insan yang berbakti kepada keluarga, komuniti, negara dan agama
TARIKH :30 JULAI 2021 (JUMAAT)
Selamat pagi semua
Murid² dikehendaki teliti video yang dilampirkan
Salin soalan seperti yang diterangkan dalam buku latihan
Jawab soalan interaktif mengikut kefahaman anda
Selamat mencuba
TARIKH :26 JULAI 2021 (ISNIN)
Selamat pagi dan selamat berjumpa kembali dalam pdpR sesi Julai /Ogos
Murid² dikehendaki menonton video topik 9 - berani mempertahankan nama negara dengan teliti
Salin pernyataan dengan kemas dalam buku latihan mengenai:-
1️⃣definisi keberanian
2️⃣cara mempertahankan nama baik negara
3️⃣ciri² individu yang berani
4️⃣kepentingan mempertahankan nama baik negara
TARIKH :16 JULAI 2021 (JUMAAT )
Salam sejahtera semua
Hari ini kita akan akhiri pembelajaran topik keadilan dengan menonton video yang dilampirkan
Diharapkan murid² dapat mempraktikkan amalan keadilan dalam kehidupan seharian
Jangan lupa lengkapkan aktiviti interaktif yang dilampirkan sebagai latihan penilaian
Mohon buat latihan di bawah ini.
TARIKH :12 JULAI 2021 (ISNIN )
Selamat pagi semua murid
Hari ini kita akan masuk tajuk Jalankan Tugas Secara Saksama
Tonton video yang dilampirkan
Cerita dalam slot awal merupakan kejadian dalam kehidupan harian yang biasa terjadi.
Kesimpulannya kita takbakan pernah tahubapa yang bakalbberlaku atas perkarabyang kita lakukan sehingga kita mendapat balasan dari perbuatan kita itu
Dengan merujuk muka surat 75 dan penerangan yang diberikan , asahkan minda anda dengan menjawab soalan 1 dan 2 dalam buku latihan
Tugasan tambahan ialah menjawab link soalan interaktif yang disediakan
Semoga anda dapat memahami dan mengamalkan bersikap adil dalam kehidupan seharian
Mohon buat latihan di bawah ini.
TARIKH :9 JULAI 2021 (JUMAAT )
Selamat pagi semua
Hari ini topik kita ialah Bersikap Adil Demi Kebaikan Negara
Tonton video penerangan mengenai aktiviti hari ini
Rujuk buku teks muka surat 84 sebagai persediaan
Cuba latihan aktiviti interaksi yang dilampirkan
Salinkan dan jawab soalan muka surat 77 sebagai latihan penilaian topik keadilan
Sebagai tugasan tambahan hujung minggu (SABTU &AHAD), rakamkan video pendek bagaimana anda melakukan senaman ringkas di rumah
Jom sama² bermain sambil menguji kefahaman anda secara interaktif
TARIKH :8 JULAI 2021 (KHAMIS )
Selamat pagi semua
Hari ini kita akan lihat topik sikap adil kepada semua serta bertindak adil eratkan hubungan
Murid² boleh rujuk buku teks muka surat 71-73
Tonton dengan teliti dialog yang disediakan
Jawab soalan berikut dalam buku latihan moral
Jom sama² bermain sambil menguji kefahaman anda secara interaktif
TARIKH :5 JULAI 2021 (ISNIN )
Selamat pagi dan salam sejahtera
1️⃣Hari ini kita akan menonton video unit 8 topik Adil Pemangkin Keamanan Negara
2️⃣Fahamkan cerita yang ada dalam buku teks muka surat 69 &70
3️⃣Jawab soalan situasi yang diberi:- adakah itu tindakan yang adil? Kenapa anda berkata demikian?... Tuliskan dalam buku latihan moral
Sila KLIK DISINI untuk latihan
TARIKH :2 JULAI 2021 ( JUMAAT )
Selamat pagi semua...
1️⃣Hari ini kita akan menonton video mengenai penjagaan alam sekitar
Amati cerita yang disampaikan dalam lakonan video
2️⃣ Buka buku teks muka surat 62 dan 63, jawab 6 set soalan kuiz Selamatkan Alam Sekitar ke dalam buku latihan
3️⃣ Pada hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) rakamkan gambar anda membantu ibubapa
➡️mengemas katil / tempat tidur
➡️menyapu dan membuang sampah
➡️ Mencuci pinggan mangkuk
➡️ melipat pakaian harian
4️⃣Hantarkan gambar anda dengan
➡️ Memakai pakaian unit beruniform
➡️ pakaian sekolah yang kemas
➡️ baju sukan yang lengkap
Semua aktiviti ini akan diberi penilaian
Jadi buat sungguh- sungguh ya...
TARIKH :1 JULAI 2021 ( KHAMIS )
Salam sejahtera dan selamat pagi semua murid moral
1️⃣sila tonton video yang dilampirkan dengan teliti
2️⃣lengkapkan soalan buku teks muka surat 66 ke dalam buku tulis masing² berpandukan pantun teka teki
3️⃣ penilaian topik hari ini adalah berdasarkan soalan interaktif worksheet... Jangan lupa menjawabnyab👍
SILA BUAT LATIHAN INI
TARIKH : 25 JUN 2021 ( JUMAAT )
Selamat pagi dam salam sejahtera murid²
1️⃣Tonton cerita pendek 2 video yamg dilampirkan
2️⃣Faham isi kandungan mengenai peranan dalam menjaga dan melindungi alam sekitar
3️⃣Jawab soalan interaktif yang diberikan. Dapat skor sebagai penilaian unit pembelajaran hari ini
SILA BUAT LATIHAN INI
TARIKH : 24 JUN 2021 ( KHAMIS )
Selamat pagi semua murid
1️⃣Hari ini kita akan menonton video penerangan mengenai unit 7
2️⃣Tonton dengan teliti dan jawab soalan yang berkaitan dengan merujuk buku teks muka surat 62 & 63...
3️⃣ Salin soalan bersama jawapan dalam buku latihan masing²
4️⃣ Sebagai persediaan esok , anda boleh practice menyanyi lagu muka surat 65 dengan irama boria
Selamat belajar 👍
SILA BUAT LATIHAN INI
TARIKH : 21 JUN 2021 ( ISNIN )
Selamat pagi semua
Hari ini kita akan menonton video mengenai cara menjaga alam sekitar
Cikgu harap murid² dapat mendapat mengetahui apakah peranan dan tanggungjawab kita dalam penjagaan alam sekitar
Rujuk buku teks muka surat 62 &63, lengkapkan 6 soalan mudah dengan menyalin dalam buku latihan anda
Selesai menjawab soalan kuiz dalam buku teks, kita beralih dengan kuiz interaktif...jom lihatnberapa markah yang anda dapat
Selamat mencuba
TARIKH : 18 JUN 2021 ( JUMAAT )
Selamat pagi semua murid moral Tahun 6
Hari ini pembelajaran kita mengenai Pemanasan Global Negara Terjejas
1. Murid dikehendaki membuka buku teks mukasurat 64
2. Tonton video penerangan yang dilampirkan
3. Dengar dengan teliti punca pemanasan global yang berlaku
4. Jawab 2 set latihan penilaian yang disediakan dan hantar kepada cikgu. Pentaksiran ini penting untuk mengetahui tahap penguasaan anda dalam minggu ini
5. Hujung minggu ini , anda boleh menghasilkan lukisan secara kreatif apakah bandar kediaman di bandar yang ada suasana alam sekitarnyang sihat. Anda boleh berbincang bersama² ahli keluarga anda untuk merealisasikan impian anda dalam bentuk gambaran lukisan
Live worksheet 1 (https://www.liveworksheets.com/jv1412172kh)
Live worksheet 2 (https://www.liveworksheets.com/ij1940995xy)
TARIKH : 17 JUN 2021 ( KHAMIS )
Selamat pagi semua murid Moral Tahun 6
Hari ini cikgu telah sediakan 2 video yang menarik. Tonton dengan teliti kemudian respond dengan teliti....
1️⃣tonton hingga tamat video pertama unit 7- Sayangilah kami, Lindumgilah kami yang dilampirkan.
➡️Etika alam sekitar ialah peraturan yang perlu dipatuhi semasa mengunjung sesuatu tempat
❓Apakah perasaan kamu apabila alam sekitar semakin pupus akibat tindakan rakus manusia?
2️⃣murid² dikehendaki merujuk buku teks muka surat 61... Rajah yang ada membantu anda menjawab soalan di bawah ini 👇
▶️ Apakah yang boleh kamu lakukan untuk menyelamatkan alam sekitar daripada pupus?🤔
⏭️ Ramalkan kesan terhadap negara pada masa akan datang sekiranya alam sekitar semakin pupus ⁉️
3️⃣Seterusnya sambil menonton video bahagian ke2, salin ayat yang ada dan fahamkan maklumat yang diberi
SELAMAT MENONTON .... TEMA KASIH SAYANG
TARIKH : 14 JUN 2021 (ISNIN )
Selamat pagi dan salam sejahtera semua murid Moral Tahun 6 ( Proven, Tharan, Satiswaran, Thineshvar, Nathini, Sanusa dan Avinash)
Murid² diminta merujuk buku teks muka surat 59 dan 60.... dengar penerangan ari video yang disediakan
selepas menonton beberapa adegan cerita dalam video tajuk syangilah , alam hargailah kehidupan ini, murid² diharapkan dapat lengkapkan peta minda yang disediakan dengan maklumat dalam petikan yang diberikan:-
Cara² menghargai alam
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Video infografik diharapkan murid² dapat
1️⃣tahu maksud nilai kasih sayang
2️⃣mengetahui cara² dan kepentingan menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara dengan amalan kehidupan seharian
3️⃣mengetahui perasaan yang dirasai apabila melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar
Hari Khamis pukul 9.30-10.30 nanti, anda perlu bersedia dengan memberi maklumbalas soalan pilihan dan situasi yang diberikan.
Cikgu berharap murid² dapat menguruskan aktiviti yang sesuai sepanjang pdpR ini. Ikuti GM mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual. Jangan lupa sentiasa lengkapkan latihan yang diberi dalam website mengikut subjek.
TARIKH : 17 mei 2021 (ISNIN )
Sila buat laihan ini
Latihan 1 ( Klik disini )
Latihan 2 ( Klik disini )
TARIKH : 03 MAC.2021 ( RABU )
Sila buat laihan ini
Latihan 1 ( Klik disini )
TARIKH : 01 MAC.2021
Sila buat laihan ini
Latihan 1 ( Klik disini )
Latihan 2 ( Klik disini )
NILAI UTAMA : BAIK HATI
TAJUK : RAKYAT BAIK HATI MEMBAWA BERKAT
Arahan :
Sila tontin video yang di berikan di atas
SIla jawab kuiz di bawah ini :
NILAI UTAMA : BAIK HATI
TAJUK : RAKYAT BAIK HATI MEMBAWA BERKAT
Arahan :
Sila tontin video yang di berikan di atas
SIla jawab 2 kuiz di bawah ini :
19 FEB 2021
Sila buat Latihan di bawah berdasarkan gambar yang di beri
SILA BUAT LATIHAN INI ( KLIK DI SINI )
18 FEB 2021
Aktiviti
Lukis peta minda dan membuat rumusan ringkas tajuk Rakyat Baik Hati Membawa Berkat
15 FEB 2021
Latihan :- senaraikan jenis bantuan yang boleh diberi untuk kategori bencana yang berlaku ( SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH )