Laman ini dibina untuk memenuhi keperluan Tugasan 3: Persembahan (Pengurusan Grafik) bagi kursus Teknologi dan Media Pengajaran. OPD ini dirancang menggunakan Model ASSURE dengan mengambil kira elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).
Saya ialah Muhammad Haikal Khushairi bin Mohd Rizal, pelajar Program Diploma PascaSiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Melayu. Saya dari kumpulan BM3, IPG Kampus Bahasa Melayu dengan nombor matrik D24193795. Kini saya sedang berkhidmat sepenuh masa sebagai guru Bahasa Melayu di SMK Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
Saya mula berkecimpung dalam bidang pendidikan sejak tahun 2017 melalui pelbagai platform termasuk sekolah swasta, pusat tuisyen dan sebagai guru ganti. Sepanjang tempoh ini, saya berpeluang mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, namun saya lebih selesa dan berminat untuk mengajar pelajar peringkat menengah atas kerana saya percaya mereka berada pada tahap yang mencabar dan menyeronokkan dari segi pemikiran serta komunikasi.
Pengalaman yang pelbagai ini membantu saya memahami pendekatan pedagogi yang lebih holistik dan sesuai untuk dimanfaatkan dalam bilik darjah, terutamanya dalam merancang dan membina Objek Pembelajaran Digital (OPD) yang bermakna.