Pelajar diminta:
Pilih satu isu semasa berkaitan media sosial
Bina karangan dalam bentuk:
Poster digital
Video ringkas 1 minit
Mini e-book Google Docs
Pelajar beri komen rakan (peer review)
Semua hasil dikumpul dan dipaparkan dalam satu Google Site kelas.
Bagi memastikan pembelajaran yang aktif dan bermakna, murid diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran melalui aktiviti berasaskan penghasilan dan kolaborasi. Murid dikehendaki menghasilkan satu produk akhir berbentuk poster digital, video pendek atau mini e-book berdasarkan tajuk karangan pendapat yang dibincangkan. Proses penghasilan ini memberi ruang kepada murid mengekspresikan pendapat mereka secara kreatif dan autentik selaras dengan prinsip Pembelajaran Abad Ke-21.
Selain itu, murid turut menjalankan semakan rakan sebaya (peer review) melalui aktiviti memberi komen terhadap hasil kerja rakan dalam Google Docs atau ruang ulasan dalam Google Site kelas. Aktiviti ini bukan sahaja membina kemahiran menilai, malah mengukuhkan kefahaman terhadap elemen penulisan karangan yang baik. Hasil kerja murid kemudiannya dipamerkan dalam Google Site sebagai galeri pembelajaran digital kelas, sekali gus memberi penghargaan kepada usaha mereka dan menggalakkan semangat belajar secara kendiri dan terbuka.