Pentaksiran secara lisan dilaksanakan sepanjang PdP dalam mata pelajaran. Guru menentukan aktiviti PdP serta alat/instrumen pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran yang perlu dicapai. Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
murid dengan guru;
murid dengan murid; dan
murid dengan pembelajaran.
Soal jawab
Bacaan kuat
Syarahan
Perbahasan
Bercerita
Perbincangan
Hafazan
Temubual
Nyanyian
Deklamasi sajak
Mendengar dan memberi respon
Dalam pentaksiran secara lisan, antara contoh instrumen yang guru boleh gunakan ialah:
Senarai Semak
Rekod Anekdot
Rekod Berterusan
Kongsikan pengalaman anda, dialog guru dan murid yang boleh dijadikan bahan bersandarkan SP menggunakan Toolkit 2. Sila simulasikan dialog yang dibincangkan untuk pentaksiran secara lisan