Pentaksiran secara bertulis dilaksanakan sepanjang PdP dalam mata pelajaran. Guru menentukan aktiviti PdP serta alat/instrumen pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran yang perlu dicapai.
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan
Digunakan untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid
CONTOH AKTIVITI BERTULIS
Karangan
Laporan projek/ eksperimen kerja kursus/ folio
Latihan bertulis
Ujian bertulis
Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta
CONTOH PENILAIAN SECARA PENULISAN
Menulis
Menyusunidea
Mengaplikasi
Mentafsir
Mencipta
PENGGABUNG JALINAN
Kemahiran menulis ke dalam SK 2.1/ SP 2.1.1
3.1 Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah; maksud rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks
Bina instrumen pentaksiran secara bertulis dengan rubrik yang akan digunakan berdasarkan SP yang dipilih.
Sila gunakan Jamboard atau mana-mana aplikasi yang sesuai untuk membina instrumen dan rubrik yang dibincangkan.