Sistem pendidikan di Tanah Melayu telah wujud sejak sebelum kedatangan penjajah lagi iaitu pada awal kurun ke-19.Ia dikenali sebagai sistem pendidikan tradisional.Ini kerana,sistem pendidikan ini lebih kepada tidak formal.Sistem pendidikan awal adalah salah satu asas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu untuk maju selangkah demi selangkah kehadapan agar tidak digelar rusa masuk kampung.Pada akhir abad ke-19,sistem pendidikan di Tanah Melayu setelah kedatangan British banyak dipengaruhi oleh British sama ada dari segi pembelajaran mahupun kokurikulum.
TAN SRI ZAINAL ABIDIN
BIODATA:
Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
Anak sulung daripada tiga adik-beradik
Mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu di Linggi
Menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915
Antara karya beliau ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926)
Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan
Jenis sekolah dibahagikan mengikut kaum.
Kurikuium sekolah berbeza.
Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
Berikut merupakan perkembangan pendidikan SEBELUM MERDEKA :