Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat yang mengarah kepada kemajuan diri seseorang. Ini memberikan implikasi bahawa pendidikan sentiasa berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja, samada secara formal atau tidak formal (UNESCO; Sharifah 1987). Dwyer (2002) menyatakan setiap individu sememangnya mempunyai kebolehan untuk belajar sepanjang hayat mereka. Ini dilakukan untuk memperbaiki kehidupan dan menjadi sebahagian dari proses perkembangan diri.
Istilah pendidikan sepanjang hayat telah lama disentuh oleh Al-Quran seperti dinyatakan dalam surah al-cAlaq yang bermaksud; Bacalah (Muhamad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan, telah menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajarkan manusia menulis dengan pen, yang mengajarkan kepada manusia perkara-perkara yang tidak diketahuinya (Q.S Al- 'Alaq 1-5)”
Perkembangan Pendidikan di Malaysia telah melalui 3 fasa, iaitu :
PERSOALAN LAIN :