Pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan negara, dan ia mencerminkan wawasan serta matlamat sesebuah negara dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan bertanggungjawab. Di Malaysia, falsafah pendidikan yang diterapkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) menjadi panduan utama dalam usaha merangka dan melaksanakan dasar serta program pendidikan.Laporan-laporan pendidikan yang dibentangkan oleh kerajaan selalunya mencerminkan usaha untuk memastikan sistem pendidikan selaras dengan FPK dan FPG. FPK menekankan pembentukan individu secara holistik, merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERI). Manakala, FPG bertujuan membentuk guru yang berilmu, berketerampilan, dan berakhlak mulia untuk mendidik pelajar selaras dengan prinsip FPK.Dalam konteks ini, setiap laporan pendidikan yang dikeluarkan bertujuan menilai, mengemaskini, dan menambah baik sistem pendidikan negara bagi memastikan ia terus relevan dan efektif dalam membentuk pelajar dan guru yang dapat menyumbang kepada keharmonian serta kemajuan negara. Hubungan rapat antara laporan pendidikan dengan FPK dan FPG memastikan falsafah ini bukan sekadar prinsip dasar, tetapi turut dilaksanakan dan direalisasikan dalam sistem pendidikan negara.
Analisis pertama yang telah dikaji mengenai perkaitan antara laporan-laporan pendidikan sebelum dan selepas merdeka serta perkaitannya dengan FPK dan FPG adalah berkenaan dengan aspek perpaduan . Perpaduan nasional sangat ditekankan dalam pendidikan di Malaysia . Hal ini dapat dilihat berdasarkan dua laporan sebelum dan selepas merdeka iaitu Laporan Barnes 1950 dan Laporan Rahman Talib 1960 . Kedua-dua laporan ini menyentuh tentang penekanan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar . Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dirumuskan sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan rakyat , menggalakkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran budaya (Nur Aisyah Nabila , TT) . Laporan Barnes 1950 menyatakan pembentukan sekolah satu aliran dapat menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum di bawah satu pendidikan yang sama . Kemudian , matlamat untuk mencapai perpaduan melalui penggunaan Bahasa Melayu ini diteruskan dan diperkukuhkan lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960 selepas merdeka . Laporan Rahman Talib 1960 mewajibkan semua pelajar untuk menduduki peperiksaan awam dalam Bahasa Melayu . Maka , secara tidak langsung melalui peperiksaan yang menggunakan media pengantar Bahasa Melayu dapat menggalakkan pelajar untuk membina hubungan yang lebih erat sesama mereka apabila mereka ingin mengulangkaji pelajaran . Ironinya , penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini merupakan kunci perpaduan antara rakyat Malaysia .
Sehubungan dengan itu , guru juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelajar melalui penggunaan Bahasa Melayu . Dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran , ia mendorong interaksi dalam bahasa tersebut dan mengintegrasikan nilai-nilai perpaduan . Hal ini secara tidak langsung guru dapat mencipta pembelajaran yang inklusif dan harmoni . Penggunaan Bahasa Melayu bukan sahaja membina kemahiran bahasa pelajar tetapi juga dapat menyemai semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia . Berhubung dengan elemen yang terdapat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) , melalui penggunaan Bahasa Melayu dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu . Bak kata pepatah Melayu 'Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh' . Ironinya , peranan guru dalam mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelajar melalui penggunaan Bahasa Melayu ini jelas mencerminkan guru ini merupakan antara medium yang menjadi penghubung untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum selari dengan matlamat yang termaktub dalam FPG .
Menurut konteks ini lagi , semua pihak hendaklah berganding bahu bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelajr . Antara inisiatifnya ialah melalui Dasar Bahasa Kebangsaaan. Dasar ini mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan . Melalui dasar ini semua dokumen rasmi, pendidikan dan komunikasi kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang membantu menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu bahasa yang sama . Selain itu, program memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) turut dapat membantu meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan masyarakat dalam mempromosikan keindahan dan keunikan Bahasa Melayu. Contohnya, program MBM ini dapat diperkasakan melalui program pertandingan yang berunsurkan Bahasa Melayu seperti debat , pidato dan pantun . Inisiatif seterusnya ialah melalui sambutan Hari Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuan sambutan ini menggalakkan masyarakat dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai aktiviti . Sebagai contoh, aktiviti ini melibatkan pameran , pertandingan puisi , mendeklamasikan sajak dan banyak lagi yang menunjukkan kepentingan Bahasa Melayu dalam menyatukan masyarakat . Sudah terang lagi bersuluh , melalui inisiatif - inisiatif di atas dapat direalisasikan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelajar .
Seterusnya, analisis kedua melibatkan persamaan dari segi pewujudan pendidikan teknikal dan vokasional yang dapat mencungkil bakat anak muda. Perkara ini termaktub dalam laporan perkembangan pendidikan sebelum dan selepas merdeka iaitu Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan Aminuddin Baki 1964. Pendidikan teknikal dan vokasional diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Pendidikan vokasional yang dimaksudkan dalam Ordinan Pelajaran 1952 ialah Sekolah Menengah Vokasional di mana latihan vokasional dan kemahiran teknikal diperkenalkan sebagai alternatif kepada pendidikan akademik tradisional. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Laporan Aminuddin Baki 1964 pula diperkenalkan kepada orang ramai. Laporan ini sangat menekankan dan menyokong pendidikan TVET diintegrasikan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk menyediakan tenaga kerja yang kompeten pada masa hadapan. Pendidikan TVET membolehkan potensi seseorang individu berkembang secara menyeluruh dan bersepadu yang mana merupakan salah satu daripada elemen FPK. Kelebihan seseorang individu tidak terhad dalam bidang kurikulum sahaja malah dalam bidang kemahiran juga. Ia akan meningkatkan kebolehpasaran diri seseorang dalam dunia pekerjaan kerana kebolehan yang tidak ada pada diri semua individu. Kebanyakan pelajar lepasan kolej vokasional mempunyai masa depan kerjaya yang jelas dan setaraf dengan pelajar lepasan universiti.
Seorang guru berperanan memainkan peranan sebagai individu yang menjamin perkembangan individu sepertimana yang termaktub dalam elemen FPG. Guru seharusnya melihat kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam diri setiap pelajarnya. Hal ini bagi membolehkan bakat seseorang individu itu diperkembangkan dan memberi peluang kepada penambahbaikan yang diperlukan oleh seseorang pelajar. Pada kebiasaanya, seseorang pelajar itu tidak mampu untuk menyedari keunikannya berbanding rakan sebayanya yang lain. Perkara ini terjadi kerana mereka sering meluangkan masa bersama-sama sehingga tidak dapat membezakan bakat yang ada pada diri sendiri dengan rakan yang lain. Oleh itu, guru wajarlah memerhatikan tingkah laku pelajar-pelajarnya bagi membolehkan bakat yang terpendam diperkembangkan mengikut kebolehan masing-masing. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai kelebihan dalam bidang seni seharusnya dimasukkan ke dalam pertandingan yang melibatkan nilai kesenian manakala pelajar yang petah berkata-kata dinominasikan sebagai peserta pertandingan syarahan, pidato atau debat. Tuntasnya, dapatlah dilihat bahawa guru memainkan tugas yang penting dalam membentuk identiti seseorang pelajar yang masih berada di bangku persekolahan.
Pelbagai langkah hendaklah dilaksanakan bagi menyerlahkan bakat dan kemahiran anak muda. Salah satunya ialah memperbanyakkan pertandingan sejak di peringkat sekolah. Aktiviti sebegini menjadi titik permulaan bagi mengenali diri sendiri. Setiap pelajar diberikan peluang untuk mencuba perkara yang baharu di samping dapat menambah keyakinan diri dalam sesuatu perkara. Mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka mempunyai bakat dalam bidang lain selain bidang akademik. Seorang murid tidak seharusnya berasa sedih dan rendah diri sekiranya kurang cemerlang dalam bilik darjah kerana bakatnya mungkin berada dalam bidang yang lain. Seterusnya, kerajaan Malaysia turut memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Mata pelajaran ini mengajarkan kemahiran dan bidang baharu kepada murid. Misalnya, pendedahan kepada akuaponik, pertanian, elektrik, elektronik dan mekatronik. Penghasilan pelbagai produk seperti kereta kawalan jauh, rumah api dan kipas automatik bersensor inframerah membolehkan guru mengenal pasti murid yang berpotensi besar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET di peringkat tinggi. Akhir sekali, penubuhan Kolej Vokasional bagi pelajar yang berkemahuan meneruskan pendidikan dalam bidang pelajaran. Matlamat utama penubuhan kolej ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri. Individu yang belajar di kolej vokasional mempunyai kelebihan berbanding pelajar lain dari sudut pengalaman. Hal ini kerana, mereka akan menghabiskan sebahagian besar masa pembelajaran mengikut bidang dan kursus yang diambil. Contohnya, pelajar dalam bidang hospitaliti akan menghabiskan kebanyakan masa mereka di hospital atau restoran bagi membiasakan diri dengan tempat pekerjaan masing-masing selepas tamat pengajian. Cara pengajian sebegini semestinya dilihat sangat berkesan bagi bakal tenaga kerja pada masa hadapan.
Akhir sekali, berdasarkan analisis penelitian yang dilakukan didapati aspek yang menjadi penghubung antara FPK dan FPG ialah akses kepada pendidikan.Hal ini dikatakan demikian kerana,kajian mendapati laporan sebelum dan selepas merdeka yang menyentuh mengenai perkara ini ialah Laporan Barnes 1950 dan Akta Pendidikan 1996 .Di dalam Laporan Barnes menggariskan isu akses kepada pendidikan untuk pelajar dari pelbagai latar belakang etnik iaitu memperluas akses pendidikan dengan mencadangkan penubuhan lebih banyak sekolah,khususnya di luar bandar untuk memastikan setiap kanak-kanak tidak kira latar belakang mendapat akses pendidikan.Manakala,Akta Pendidikan 1996 menetapkan dasar dan struktur sistem pendidikan di Malaysia iaitu melalui penubuhan Pendidikan Khas.Sistem ini menyediakan akses pendidikan khas untuk pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan tertentu,termasuk kanak-kanak kurang upaya.Usaha ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu pendidikan ialah usaha yang berterusan.(Chieng,TT)
Peranan guru dalam memperluaskan akses pendidikan dalam kalangan pelajar adalah dengan penyediaan pengajaran yang inklusif. Guru bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pengajaran yang dapat diakses oleh semua pelajar termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas.Antara contoh peranan guru dalam mengakses pendidikan kepada murid berkeperluan khas adalah guru berkolaborasi dengan ibu bapa dan pakar pendidikan khas untuk membangunkan pelan pembelajaran individu(IEP) yang spesifik untuk murid berkeperluan khas,memberi bimbingan dan sokongan emosi.Ini bertujuan bagi memastikan pelajar dapat mengadaptasi dengan pembelajaran terkini dan membantu murid mengatasi rasa kebimbangan yang mungkin dialami dalam persekitaran pembelajaran.Seterusnya,peranan guru juga melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran(Balqish Ain,2023).Hal ini guru dapat memanfaatkan teknologi untuk memperluas akses pendidikan terutamanya untuk pelajar di kawasan terpencil.Ini termasuk penggunaan platform pembelajaran dalam talian dan sumber digital dalam pengajaran sebagai contoh Google Classroom dan Google Meet.Sudah terang lagi bersuluh,peranan guru amat penting dalam memastikan semua pelajar mendapat input pembelajaran.Guru dapat membantu memastikan bahawa semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang berkualiti.Peranan guru dalam memperluas akses pendidikan ini selari dengan elemen yang terdapat dalam FPG iaitu guru menjunjung aspirasi negara.FPG menyediakan asas pemikiran guru dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan penuh komitmen terhadap kesejahteraan pelajar.
Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, kaum atau lokasi geografi dapat menikmati peluang pendidikan yang sama. Inisiatif yang pertama ialah Pendidikan Rendah dan Menengah percuma. Kerajaaan Malaysia telah menyediakan pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaaan. Perkara ini adalah salah satu inisiatif paling penting dalam memperluas akses kepada pendidikan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Dengan memastikan tiada yuran persekolahan dikenakan, semua kanak-kanak dapat bersekolah tanpa beban kewangan yang besar kepada keluarga. Inisiatif lain melalui bantuan kewangan dan program subsidi. Sebagai contoh, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) disediakan untuk pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah terutamanya yang menetap di kawasan luar bandar bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima pendidikan yang terkini. Selain itu, biasiswa dan dermasiswa juga turut disediakan oleh kerajaan untuk pelajar cemerlang terutama dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tuntasnya,inisiatif-inisiatif di atas menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia dalam memperluaskan akses kepada pendidikan, memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang mendapat peluang untuk terus belajar dan berkembang.(Mohd Nazri Abdul Rahman Saedah Siraj,Julai 2018)