HPK
PAKW1022 HPK 3: Menghasilkan satu Rancangan Pemasaran yang berdaya saing dalam konteks perniagaan semasa. (C6, HP2,KKG5)
GAPD1032 HPK 2: Mengaplikasi teknologi dan sumber digital untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermakna. (C3, A2, HP2, HP5, KKG1,KIK1,KIK5)
GKEB1072 HPK 2: Menghasilkan produk pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir bagi meningkatkan kemahiran belajar . (C6, A4, HP2, HP5, KKG2, KIK9)
Ciri-Ciri OPD: Rujuk Panduan KPPB
Hasrat Pembelajaran:
Saya belajar:
Menghasilkan Rancangan Pemasaran yang berdaya saing dalam konteks perniagaan semasa
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat:
Menghasilkan Rancangan Pemasaran yang berdaya saing dalam konteks perniagaan semasa.
Berdasarkan Bessant dan Tidd (2015), terdapat 12 sumber inovasi yang boleh memberikan inspirasi untuk usahawan berinovasi. Melalui sumber ini juga usahawan boleh mengenal pasti peluang perniagaan melalui 12 sumber inovasi tersebut yang menjadi stimuli kepada proses inovasi. Sumber-sumber tersebut adalah seperti berikut:
Kejutan kepada sistem
Situasi luar jangka
Memerhatikan orang lain
Inovasi gabungan
Peraturan
Pengiklanan
Inspirasi
Tolakan pengetahuan
Inovasi rekabentuk
Tarikan keperluan
Pengguna
Alternatif masa hadapan
Cari maklumat lanjut mengenai 12 sumber inovasi. Kemudian, secara individu, anda dikehendaki memilih satu produk atau perkhidmatan sendiri, dan menyediakan satu rancangan pemasaran 1 muka surat merangkumi:
Nama produk & ciri utama
Pasaran sasaran
Strategi promosi
Saluran edaran dan harga
Klik pada pautan Google Classroom ini untuk memuat naik tugasan pembelajaran kendiri anda.
Klik pada pautan Canva ini untuk meletakkan jawapan anda selepas menonton ketiga-tiga video di atas.
Secara berkumpulan anda diminta untuk menganalisis produk sebenar (contoh: GrabFood, Mr DIY, Naelofar Hijab). Aktiviti: “Kenal Pesaing Saya” – pelajar bandingkan kekuatan dan kelemahan pesaing utama.
Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu isi kandungan Rancangan Pemasaran anda.
Secara berkumpulan anda dikehendaki mereka bentuk satu iklan pendek (poster atau video 30 saat) menggunakan Canva AI atau CapCut untuk produk rekaan sendiri.
Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu isi kandungan Rancangan Pemasaran anda.
Aktiviti 1: Draf Rancangan Pemasaran (Fokus SWOT & Pasaran Sasaran)
Dalam kumpulan, pelajar pilih satu produk atau perkhidmatan rekaan dan bina SWOT serta kenal pasti pasaran sasaran.
Aktiviti 2: Penulisan Strategi Pemasaran 4P (Produk, Harga, Promosi, Pengedaran)
Pelajar bina strategi dengan menyesuaikan berdasarkan kekuatan SWOT mereka. Gunakan template disediakan.
Aktiviti 3: Simulasi Pembentangan Rancangan Pemasaran
Setiap kumpulan bentang draf mereka secara ringkas. Rakan lain beri maklum balas berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Aktiviti 4: Penambahbaikan Berdasarkan Maklum Balas
Pelajar kemas kini rancangan mereka secara kolaboratif dan siapkan versi penuh untuk dihantar.
Secara individu anda dikehendaki memilih satu jenama digital dan buat refleksi ringkas (dalam 300-500 patah perkataan):
Apakah strategi pemasaran digital yang digunakan?
Apakah kekuatan & kekurangannya?
Apakah pengajaran yang boleh diaplikasikan kepada produk sendiri?
Anda dikehendaki mereka bentuk satu rancangan pemasaran yang lengkap dan berdaya saing bagi produk atau perkhidmatan yang anda hasilkan sendiri secara individu. Produk boleh bersifat nyata (fizikal) atau digital (aplikasi, platform, perkhidmatan).
Rancangan anda mestilah menunjukkan inovasi, kreativiti, serta strategi pemasaran yang menggunakan pendekatan digital semasa.
Pengenalan Produk / Perkhidmatan
Latar belakang dan rasional produk
Masalah pelanggan yang diselesaikan
Analisis Pasaran & Pelanggan Sasaran
Segmentasi pelanggan
Kelebihan bersaing
Analisis SWOT / PESTLE ringkas
Objektif Pemasaran
Jangka pendek dan panjang
Strategi Pemasaran
4P (Product, Price, Place, Promotion) atau 4C (Customer, Cost, Convenience, Communication)
Penekanan pada penggunaan teknologi & platform digital
Reka Bentuk Bahan Promosi Digital
Contoh: Poster promosi, IG Ad, TikTok idea, Canva design, atau mini-video pendek (disarankan guna Canva, Adobe Express atau CapCut)
Anggaran Kos & ROI Ringkas
Kos promosi, potensi pendapatan, unjuran 6 bulan
Refleksi Kendiri
Apakah cabaran semasa mereka bentuk pelan ini?
Apakah kemahiran yang telah anda kuasai?
Sebuah buku digital interaktif dalam Book Creator
Sekurang-kurangnya 8 muka surat
Mengandungi teks, gambar, grafik, video/infografik, dan pautan interaktif
Mengandungi refleksi kendiri pelajar secara bertulis atau audio
SDG 8: Pekerjaan & Pertumbuhan Ekonomi
Mewujudkan perniagaan inovatif & peluang pekerjaan.
SDG 9: Inovasi, Teknologi & Infrastruktur
Teknousahawan dan penggunaan digital tools untuk pemasaran.
SDG 4: Pendidikan Berkualiti
Membangunkan kemahiran inovatif, kreatif dan keusahawan.
SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Lestari
Inovasi berasaskan kelestarian dalam produk & strategi promosi.