HPK
PAKW1022 HPK1: Mengenalpasti konsep usahawan, kepentingan keusahawanan dan ciri-cri usahawan dalam konteks perniagaan semasa. (C2, HP1).
Ciri-Ciri OPD: Rujukan Panduan KPPB
Hasrat Pembelajaran:
Saya belajar:
Mengenalpasti konsep usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Mengenalpasti kepentingan usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Mengenalpasti ciri-ciri usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat:
Mengenalpasti konsep usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Mengenalpasti kepentingan usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Mengenalpasti ciri-ciri usahawan dalam konteks perniagaan semasa.
Baca nota Topik 1 Pengenalan Kepada Keusahawan sebelum memulakan interaksi. Tonton juga video kisah kejayaan usahawan dalam dan luar negara.
Sila klik pada kuiz dibawah untuk melihat sama ada anda seorang peniaga atau usahawan.
Laman Web Agensi Kerajaan:
SME Corp Malaysia (www.smecorp.gov.my) - Data statistik PKS, program sokongan.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (www.punb.com.my) - Program pembiayaan dan pembangunan usahawan Bumiputera.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) (www.mara.gov.my) - Program sokongan untuk usahawan Bumiputera.
TEKUN Nasional (www.tekun.gov.my) - Pembiayaan mikro untuk usahawan.
Pada akhir pembelajaran pelajar akan:
Memahami konsep asas keusahawanan
Mengenal pasti ciri dan peranan usahawan
Mengaplikasi kemahiran belajar (GKEB1072) dan teknologi digital (GAPD1032)
Bekerjasama dalam menghasilkan bahan digital interaktif
✅ Langkah Aktiviti:
Fasa Eksplorasi (30 min)
Setiap kumpulan (2–3 orang) diberi senarai tokoh usahawan Malaysia atau global (ex: Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Jimmy Choo, Vivy Yusof, Elon Musk).
Guna Google Search, YouTube, Wikipedia, LinkedIn untuk cari maklumat latar belakang, ciri-ciri, dan kejayaan mereka.
Fasa Analisis (45 min)
Kumpulan membina peta minda digital (Canva Mind Map, Google Jamboard atau Lucidchart) yang menerangkan:
Konsep keusahawanan yang diamalkan tokoh
Ciri-ciri usahawan yang ditonjolkan
Sumbangan kepada komuniti/ekonomi (kaitkan dengan SDG)
Fasa Refleksi Interaktif (30 min)
Kumpulan berkongsi peta minda mereka dalam Google Slides yang disediakan.
Setiap kumpulan meninggalkan satu komen reflektif pada hasil kumpulan lain.
✅ Langkah Aktiviti:
Fasa Reka Bentuk (60 min)
Pelajar secara berkumpulan mereka poster digital (menggunakan Canva atau Google Slides) bertajuk “Saya Seorang Usahawan”
Kandungan poster perlu ada:
Definisi keusahawanan menurut mereka
3 ciri yang mereka ada sebagai bakal usahawan
Satu idea perniagaan inovatif yang mereka ingin usahakan
Slogan motivasi diri
Fasa Persembahan (30 min)
Kumpulan membentangkan poster mereka secara ringkas (3 minit setiap kumpulan) menggunakan Canva dan berkongsi pautannya dikelas.
Muat naik tugasan Poster Interaktif anda disini: FOLDER GD POSTER INTERAKTIF USAHAWAN
Fasa Refleksi Kendiri (30 min)
Pelajar isi borang Google Slides refleksi kendiri:
Apa yang saya pelajari tentang keusahawanan?
Bagaimana saya lihat potensi diri saya dalam bidang ini?
Apakah kemahiran digital dan belajar kendiri yang saya gunakan?
Pelajar dikehendaki menjawab 3 soalan esei berdasarkan Topik 1 dalam tempoh 1 jam secara bersemuka di dalam kelas pada 25 Jun 2025 (Rabu) pada 12.30 - 1.30 petang.
Gambar pelajar melaksanakan ujian.
SDG 8: Pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan
Usahawan mencipta pekerjaan dan menjana pendapatan masyarakat
SDG 9: Inovasi dan Teknologi
Pengenalan awal kepada teknousahawan dan penggunaan digital tools dalam perniagaan
SDG 4: Pendidikan Kualiti
Menyediakan asas kemahiran insaniah, kepimpinan, pemikiran kritis dan literasi kewangan