1) Persoalan ketabahan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau amanah
Razali tabah menghadapi gangguan daripada Munir, Leong dan Silvam serta dilayan teruk daripada bapa tirinya
2) Persoalan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal
Munir yang menceroboh masuk dan mencuri duit koperasi sekolah Berjaya dikesan dan telah mendapat hukuman digantung sekolah, dan dirotan secara umum di hadapan pelajar lain di tapak perhimpunan
3) Persoalan kerjasama antara satu sama lain
Pengetua , guru-guru dan pelajar telaha bekerjasama menjayakan koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan sehingga mendapat pengiktirafan daripada ANGKASA
4) Persoalan kasih sayang antara anak dan ibu
Razali yang ingin mengetahui tentang bapa kandungnya menyimpan hasrat tersebut kerana takut menyakiti hati ibunya yang enggan bercerita tentang perkara tersebut
5) Persoalan seorang yang pemaaf
Walaupun difitnah menceroboh koperasi oleh Munir, Razali telah memafkannya dan membantu Munir untuk meningkatkan prestasi pelajarannya sepanjang tempoh seminggu dia digantung sekolah