Latar masa
Waktu malam : Peristiwa Lembaga hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Pertanain Sri Kayangan lalu berlari menuju ke arah kedai koperasi
Waktu petang : Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dilangsungkan
Waktu pagi : Para pelajar mengisi masa membeli keperluan sekolah di koperasi sekolah
Latar masyarakat
Masyarakat yang gigih berusaha : Razali dan rakan-rakannya berusaha membangunkan koperasi sekolahnya dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan
Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang kuat : Ramlah dan Saridevi memujuk Razali yang telah difitnah oleh Munir kerana mempercayai fitnah yang dilakukan oleh Munir
Masyarakat yang cemburu atas kejayaan orang lain : Munir, Leong dan Silvam cemburu akan Razali yang dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah
Masyarakat yang sabar dengan dugaan : Razali menunjukkan kesabarannya menghadapi kerenah Munir, Leong dan Silvam yang tidak putus asa untuk menjatuhkannya
Masyarakat yang mengenang budi : Razali terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia yang memilihnya untuk menyertai kursus
Latar tempat
Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan : Tempat dimana Razali dan kawan-kawannya bersekolah
Koperasi sekolah : Tempat ahli Lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk menjalankan tugas masing-masing
Bilik Pengetua : Tempat Munir, Leong, Silvam telah dirotan oleh pengetua kerana memukul Razali
Bandar Kangar : Lokasi kedai ayah kepada Swee Lan