Permulaan
Suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dipaparkan oleh pengarang. Saridevi, Swee Lan dan Harun yang bertugas di koperasi dihadiri oleh Cikgu Zulkifli yang membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi buat kali pertama.
Perkembangan
Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan telah diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Seramai sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik untuk menjadi ahli Lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali pula telah terpilih sebagai penolong setiausaha
Perumitan
Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali. Di bersekongkol dengan Leong dan Selvam untuk tidak hadir bertugas dan merapatkan diri dengan Ramlah. Sikap munir yang tidah hadir bertugas dan kerap menganggu pelajar perempuan telah dilaporkan kepada guru kaunseling, Cikgu Muniam. Munir yang menyimpan dendam terhadap Razali telah menumbuknya sehingga berdarah. Munir kemudiannya telah dirotan oleh pengetua sekolah
Klimaks
Warga sekolah telah dikejutkan dengan pencerobohan koperasi sekolah dan wang sebanyak RM200 telah dicuri. Pihak sekolah memanggil pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Razali telah dibawa ke balai untuk membantu siasatan. Razali seorang sahaja yang memiliki kunci koperasi sekolah dan tiada sebarang tanda bilik tersebut dipecahkan. Apabila pulang ke rumah, Razali telah dimarahi oleh bapa tirinya sehingga menghalaunya keluar dari rumah
Peleraian
Penjenayah sebenar yang menceroboh koperasi sekolah berjaya ditangkap selepas berlaku pencerobohan kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10 yang bertanda “K” yang ditinggalkan oleh Cikgu Zulkifli. Munir telah dihukum rotan di khalayak ramai dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah pula diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Razali mendapat tahu tentang ayah kandungnya dan menjadi sahabat baik kepada Munir.
Pemerian : Pengarang novel ini memerihalkan keadaan di mana Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi sedang berlangsung buat kali pertama pada tahun tersebut
Monolog dalaman : Razali mengeluh di dalam hatinya tentang nasib yang malang menimpa dirinya
Kejutan : Warga sekolah dikejutkan dengan kejadian pencerobohan yang berlaku di koperasi sekolah mereka
Saspens : Pembaca tertanya-tanya tentang Lembaga berwarna hitam yang kelihatan memanjat pintu pagar sekolah dan menuju ke arah koperasi
Imbas kembali : Pak Razali menceritakan hubungannya dengan Mak Sopiah di hadapan Cikgu Syamsudin, Encik Ali dan Pak Zakaria
Imbas muka : Tujuan kursus koperasi tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi negara kita tentang kepentingan penubuhan koperasi