Klik pada gambar untuk kembali ke halaman utama
Terry Henry Tsen merupakan seorang Guru yang berasal dari penampang, sabah. Beliau bertugas di SMK Sindumin, Sipitang bermula pada tahun 2016. Beliau amat mesra dengan Sir Terry pada masa waktu PdPC disekolah. Beliau mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) & Sains Komputer (SK) disekolah ini.
Selain daripada tugas sebagai Guru, Beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai seorang Guru ICT. Banyak khidmat sumbangan yang telah beliau berikan mahupun diperingkat sekolah/daerah/zon/negeri/kebangsaan.
Ikuti senarai pengalaman bersama Sir Terry...
"MASA DEPAN ITU, BERGANTUNG PADA APA YANG KITA LAKUKAN HARI INI" -Mahatma Gandhi-
Nama diberi Terry Henry Tsen. Dibesarkan di Kampung Kepayan, Penampang pada tahun 8 Mei 1990. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik lelaki. Beliau berbangsa Sino-Kadazan dan boleh bertutur dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, English & Mandarin. Beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Teknologi Maklumat daripa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2015.
Sebelum berkidmat sebagai Pendidik di SMK Sindumin, Sipitang. Beliau pernah bekerja sebagai Jurulatih ICT di AMC College daripada tahun 2015 sehingga kini. Beliau telah melatih ramai pelatih daripada pelbagai peringkat usia. Anggaran melatih lebih daripada 2k orang.
Beliau ditugaskan untuk mengajar Asas Sains Komputer (ASK) & Sains Komputer (SK) sepanjang perkhidmatan beliau.
Jurulatih ICT Bebas
(AMC College,Likas) Tahun 2015-2019 .Melatih lebih kurang 1,000 peserta kursus (Pegawai Kerajaan, Pelajar dan Pesara Kerajaan)
Penceramah Jemputan
Projek Pembangunan Laman Web Sistem Sains Komputer Negeri Sabah Tahun 2018-2019
Pembangun Bebas Video Tutorial
Projek Sains Komputer Untuk Bahan PDPC Tahun 2018 (Lebih 200 buah pendrive terjual)
JU FrogVLE
Daerah Sipitang Tahun 2017-2019
Sukarelawan Perkhidmatan Dalam
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah (JPNIN) Tahun 2010-2019
Pencermah untuk Pengaplikasian Digital Classroom untuk Sekolah Menengah Guru BI Peringkat Daerah Sipitang Tahun 2018
Fasilitator Sekolah Hub Daerah Sipitang Tahun 2017-2019
Jawatankuasa Teknikal Naskah Sedia Kamera (NSK) Buku Teks ASK T3 Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018
Fasilitator Sabah World Largest Lesson (WLL) Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-45 Tahun 2016
Senarai sijil yang diperoleh :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018
Advokasi Emas Frogvle Tahun 2017
Pemenang Penerima FrogClassroom Make Over Tahun 2017
Pemenang Penerima YTL Foundation School Awards Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
Tempat Kedua FROG Championships Level UP! English (Kategori Guru) Peringkat Daerah Sipitang Tahun 2018
Tempat Kedua FROG Championships Level UP! Maths (Kategori Guru) Peringkat Daerah Sipitang Tahun 2018
Sijil Pencapaian Lencana Perak FROG Championships Level UP! Maths (Kategori Guru) Tahun 2018
Pemenang Saguhati People’s Choice Award Pertandingan D’Code Hap Seng Peringkat Negeri Sabah Tahun 2016
Penerima Saguhati Penggunaan E-RPH Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017
Berikut merupakan senarai koleksi sijil penyertaan & penghargaan yang diperolehi oleh Sir Terry sepanjang musim PKP ini.
Penafian Data dan Maklumat
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.