SP 1.1.1 Menerangkan keperluan penyelesaian masalah berstrategi
SP 1.1.2 Menjelaskan ciri penyelesaian masalah berkesan
SP 1.1.3 Menggunakan proses penyelesaian masalah
(i) Kumpul dan analisa data
(ii) Tentukan masalah
(iii) Jana idea – hapus halangan
(iv) Jana penyelesaian
(v) Tentukan tindakan
(vi) Laksanakan penyelesaian
(vii) Buat penilaian
(viii) Buat penambahbaikan
SP 1.2.1 Mengunakan algoritma untuk menyatakan penyelesaian kepada masalah
SP 1.2.2 Membina algoritma penyelesaian masalah dengan menggunakan struktur kawalan dalam pengaturcaraan (urutan, pilihan dan ulangan).
SP 1.2.3 Menguji dan membaiki ralat dalam algoritma.
SP 1.2.4 Mengesan nilai pemboleh ubah pada setiap tahap dalam algoritma.
SP 1.2.5 Mengenal pasti output yang betul dari algoritma berdasarkan input yang diberi.
SP 1.2.6 Menterjemah algoritma ke bahasa Pengaturcaraan.
SP 1.3.1 Menjelaskan hubungan antara jenis data, saiz data dan kapasiti ingatan komputer.
SP 1.3.2 Memilih dan menggunakan jenis data yang bersesuaian
(i) Integer (int)
(ii) Nombor nyata (float, double)
(iii) Aksara (char)/ rentetan (String)
(iv) Boolean
SP 1.3.3 Membezakan pemboleh ubah sejagat (global) dan setempat (local ).
SP 1.3.4 Mengisytiharkan, memulakan dan menetap-kan nilai pada pemboleh ubah dan pemalar.
SP 1.3.5 Menggunakan penyataan umpukan dan penyataan aritmetik.
SP 1.3.6 Menulis atur cara untuk memasukkan input dari papan kekunci dan memaparkan output.
SP 1.4.1 Menerangkan aliran struktur kawalan pilihan
(i) if-else
(ii) switch-case
SP 1.4.2 Menulis atur cara menggunakan struktur kawalan pilihan dengan menggabungkan operator hubungan dan operator logical.
SP 1.4.3 Menerangkan aliran struktur kawalan ulangan.
(i) for
(ii) while
(iii) do-while
SP 1.4.4 Menulis atur cara menggunakan struktur kawalan ulangan yang melibatkan.
(i) operator increment (++)&decrement (--)
(ii) class Math (method random)
(iii) Boolean
SP 1.5.1 Membezakan jenis ralat dalam aturcara (sintaks, masa larian dan logik) .
SP 1.5.2 Mengesan, mengenalpasti, menterjemah mesej ralat dan membaiki ralat .
SP 1.5.3 Mengenalpasti nilai bagi pembolehubah pada bahagian tertentu atur cara .
SP 1.5.4 Menghasilkan atur cara yang mudah dibaca dengan menggunakan gaya yang baik (komen, nama pembolehubah yang bermakna, inden).
SP 1.6.1 Menerangkan struktur tatasusunan (array) satu dimensi.
SP 1.6.2 Isytihar nilai.
SP 1.6.3 Umpukan nilai awal.
SP 1.6.4 Menggunakan subatur cara dan memahami konsep menghantar parameter ke subatur cara dan mengembalikan data.
SP 1.6.5 Membezakan antara function dan procedure pada subatur cara. Menulis atur cara bermodular yang mengandungi struktur tatasusunan.
SP 1.7.1 Menghuraikan setiap fasa dalam kitaran hayat pembangunan sistem (SDLC).
SP 1.7.2 Menganalisa masalah bagi menentukan keperluan.
SP 1.7.3 Mereka bentuk penyelesaian.
SP 1.7.4 Melaksanakan penyelesaian.
SP 1.7.5 Menguji dan menyah ralat.
SP 1.7.6 Mendokumentasi.
SP 1.7.7 Mencipta aplikasi (seperti aplikasi mudah alih) atau aplet dengan antara muka bergrafik menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipelajari mengikut SDLC untuk menyelesaikan masalah.
SP 2.1.1 Menjelaskan kepentingan integriti data, ketekalan data dan kelewahan data.
SP 2.1.2 Membezakan model-model pangkalan Data.
(i) Hiraki
(ii) Rangkaian
(iii) Hubungan (Relational)
(iv) Berorientasi objek (Object oriented)
SP 2.1.3 Mengenalpasti entiti, atribut, set hubungan dan kekardinalan (satu ke satu, satu ke banyak dan banyak ke banyak) berdasarkan keperluan pengguna.
SP 2.2.1 Mengenalpasti medan (field), rekod, jadual (table) dan kekunci bagi pangkalan data yang akan dibangunkan.
SP 2.2.2 Menentukan kunci primer dan/atau kunci asing yang sesuai bagi setiap entiti.
SP 2.2.3 Menghasilkan gambar rajah perhubungan entiti (ERD) untuk memodelkan data hubungan.
SP 2.2.4 Mereka bentuk pangkalan data hubungan dengan menukar ERD ke skema hubungan.
SP 2.2.5 Menjelaskan konsep kebergantungan fungsi sepenuh, kebergantungan fungsi.
SP 2.2.6 Melaksanakan proses penormalan data sehingga 3NF terhadap skema hubungan.
SP 2.3.1 Membina jadual berpandukan skema hubungan menggunakan perisian pangkalan data hubungan.
SP 2.3.2 Mencipta borang yang berkaitan dengan kandungan jadual.
SP 2.3.3 Memasukkan data dalam jadual melalui borang.
SP 2.3.4 Menghasilkan query untuk mendapatkan semula maklumat yang diperlukan daripada:.
(i) satu jadual menggunakan lebih dari satu kriteria.
(ii) dua jadual menggunakan satu kriteria.
SP 2.3.5 Menjana laporan berdasarkan hasil query.
SP 2.3.6 Menghasilkan satu sistem maklumat mudah melalui makro menggunakan menu (switchboard) yang mengandungi.
(i) Borang
(ii) Laporan
(iii) Keluar dari sistem
SP 2.3.7 Mendokumentasi hasil kerja.
SP 2.4.1 Menghasilkan sebuah pangkalan data yang ternormal.
SP 2.4.2 Membangunkan sistem pangkalan data dengan antara muka bergrafik menggunakan perisian pembangunan sistem pangkalan data mengikut SDLC untuk menyelesaikan masalah.
SP 3.1.1 Mengkaji keperluan interaksi antara manusia dan komputer.
SP 3.1.2 Menilai produk interaktif berdasarkan tujuan dan prinsip asas reka bentuk interaktif.
SP 3.2.1 Mengaplikasi proses reka bentuk interaksi dalam atur cara yang dibangunkan.
SP 3.2.2 Menghasilkan prototaip paparan dan reka bentuk skrin.
SP 3.2.3 Membincangkan laporan dari penilaian kuantitatif terhadap paparan dan rekabentuk skrin.
Penafian Data dan Maklumat
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.