SP 1.1.1 Menggunakan konsep pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara bagi membangunkan atur cara aritmetik:
(i) Analisis masalah
(ii) Reka bentuk atur cara
(iii) Pengekodan
(iv) Pengujian dan penyahpepijatan
(v) Dokumentasi
SP 1.1.2 Membuat pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa pembangunan atur cara.
SP 1.1.3 Menghasilkan satu projek mini secara berkumpulan berdasarkan situasi dalam penyelesaian masalah berdasarkan fasa pembangunan atur cara.
SP 2.1.1 Menerangkan maksud dan kepentingan kriptografi dalam pengkomputeran.
SP 2.1.2 Menunjuk cara langkah demi langkah proses sifer (cipher) yang melibatkan:
(i) penyulitan (encryption)
(ii) nyahsulit (decryption)
SP 2.1.3 Menghasil dan menterjemah mesej menggunakan kaedah sifer seperti berikut:
(i) Reverse cipher
(ii) Substitution cipher (Caesar Cipher, Pigpen Cipher)
(iii) Transposition ciphers
SP 2.1.4 Membanding beza kaedah sifer yang telah dipelajari.
SP 2.1.5 Memilih kaedah sifer terbaik yang telah dipelajari berdasarkan situasi yang telah diberikan.
SP 2.1.6 Menghasilkan kaedah sifer bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
SP 3.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri search (linear, binary) dan sort (bubble, bucket).
SP 3.1.2 Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan:
(i) linear search
(ii) binary search
SP 3.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan:
(i) bubble sort
(ii) bucket sort
SP 3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod dan melukis carta alir bagi penyelesaian masalah yang melibatkan:
(i) search
(ii) sort
SP 3.1.5 Membandingkan algoritma search dan sort melalui pengecaman corak.
SP 3.1.6 Menghasilkan algoritma melibatkan gabungan teknik search dan sort.
SP 3.1.7 Menghasilkan algoritma melibatkan gabungan teknik search atau sort.
SP 4.1.1 Menerangkan maksud dan penggunaan:
(i) Pangkalan Data
(ii) Structured Query Language (SQL)
SP 4.1.2 Menyenaraikan entiti dan atribut berdasarkan situasi dalam suatu masalah.
SP 4.1.3 Mengenal pasti dan menerangkan kekunci primer dan kekunci asing.
SP 4.1.4 Mengenal pasti dan menjelaskan kekardinalan (cardinality) antara entiti dalam hubungan:
(i) one to one (1:1)
(ii) one to many (1:M)
SP 4.1.5 Membina pangkalan data yang terdiri daripada:
(i) entiti (table)
(ii) atribut (field)
(iii) hubungan
SP 4.1.6 Menghasilkan borang (form) dan memasukkan data dalam jadual melalui borang bagi pangkalan data yang telah dibina.
SP 4.1.7 Menggunakan arahan SQL yang melibatkan:
(i) SELECT…
(ii) SELECT…WHERE
(iii) SELECT…ORDER BY
SP 4.1.8 Menggunakan arahan SQL melibatkan ungkapan Boolean
(i) Operator OR
(ii) Operator AND
SP 4.1.9 Menjana laporan berdasarkan hasil pertanyaan (query).
SP 4.2.1 Menerangkan fungsi struktur berikut dalam atur cara:
(i) function
(ii) procedure
SP 4.2.2 Memberi contoh penggunaan penyataan function:
(i) dalaman (built-in)
(ii) dihasilkan sendiri (user-defined)
SP 4.2.3 Menulis pernyataan function dan procedure.
SP 4.2.4 Menghasilkan atur cara yang melibatkan:
(i) function
(ii) procedure
SP 4.2.5 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada atur cara yang dihasilkan.
SP 4.2.6 Menghasilkan atur cara yang melibatkan gabungan struktur kod arahan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
KUIZ ULANG KAJI 1 ASK PT3 Credit to : Cikgu Zawiah Hasnah Bt Yusoff
KUIZ ULANG KAJI 2 ASK PT3 Credit to : Cikgu Zawiah Hasnah Bt Yusoff
Penafian Data dan Maklumat
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.