Pengenalan
MDL - Fasa Pertengahan
MDL - Fasa Pertengahan
Pengenalan
Kursus ini adalah untuk membangunkan kompetensi kepimpinan digital pemimpin organisasi pendidikan di peringkat pertengahan. Di peringkat ini, pemimpin dilatih untuk merancang pembangunan ICT organisasi dengan mengintegrasikan teknologi dan digital dalam pengurusan. Di samping itu, peserta didedahkan tentang konsep kepimpinan digital, menerajui wawasan digital dan pengurusan digital. konsep ini penting dikuasai oleh peserta sebagai persediaan ke peringkat lanjutan.
Objektif:
Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:
menyatakan hala tuju pendigitalan organisasi;
menyenaraikan ciri-ciri kepimpinan digital;
menyediakan kemudahan ekosistem digital mengikut keperluan organisasi;
mengintegrasikan teknologi dalam pengurusan pembangunan digital organisasi; dan
menghasilkan kertas kerja projek digital organisasi.
Kerangka Kursus MDL telah diluluskan dalam Jawatankuasa Teknikal Latihan dan Pembangunan (JKTLPIAB) merangkumi 5 Teras iaitu:
Teknologi Digital
Literasi Maklumat, akademik, media dan data
Kewarganegaraan digital dan identiti
Penciptaan dan komunikasi digital
Pembelajaran sepanjang hayat
BK43a dan Jadual Pelaksanaan MDL Fasa Pertengahan
Kandungan:
1. Wawasan Digital
2. Kepimpinan Digital
3. Transformasi Digital
4. Pengintegrasian Digital
5. Penghasilan kertas kerja Projek Digital
Mod: Secara bersemuka
Jumlah Jam: 16 jam
Fasa II: MDL Fasa Pertengahan – Kursus bersemuka ( 3 hari )
Pengukuran Kompetensi Fasa Pertengahan:
I. Peserta perlu aktif dalam setiap pembentang dalam setiap slot kursus ini.
II. Setiap peserta perlu menghasilkan satu kertas cadangan projek pendigitalan di sekolah berpandukan data dan isu yang terdapat
dalam sekolah masing-masing.
III. Projek digital yang dirancang perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 dari 5 domin kerangkan kursus MDL dan selari dengan Dasar
Pendidikan Digital KPM.
IV. Peserta perlu membentangkan cadangan kertas kerja pendigitalan sekolah dan akan dibimbing oleh tenaga pengajar (pensyarah)
untuk memurnikan kertas cadangan projek pendigitalan sekolah.
V. Peserta perlu muat naik kertas cadangan projek pendigitalan sekolah masing-masing ke dalam google drive yang disediakan oleh
pihak urus setia.
VI. Pihak urus setia akan melantik pensyarah pembimbing bagi setiap peserta dalam melaksanakan projek pendigitalan sekolah supaya
berada dalam landasan pendigitalan organisasi.
VII. Pensyarah pembimbing akan melaksanakan bimbingan secara dalam talian FUFT fasa I.
VIII. Cadangan projek pendigitalan sekolah yang dilaksanakan oleh peserta berkemungkinan berfasa dan terdapat juga projek pendigitalan
sekolah yang telah selesai dilaksanakan.
IX. Peserta perlu membentangkan projek pendigitalan sekolah masing – masing dalam Bengkel/ Kursus MDL Fasa Lanjutan.