Pengenalan
MDL - Fasa Lanjutan
MDL - Fasa Lanjutan
Pengenalan
Anjakan paradigma dalam konsep kepimpinan menuntut pemimpin sekolah perlu bersikap proaktif dalam melaksanakan teknologi dan bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi baharu (Avolio et al., 2000; Ottestad, 2013). Sebagai pemimpin teknologi digital, pemimpin sekolah terlebih dahulu harus menguasai aspek kepimpinan digital dan berkompetensi menggunakan teknologi serta perlu berfikiran futuristik dalam merancang jika ingin bersaing dalam dunia pendidikan yang kompetitif (Ariffin, 2020). Sehubungan itu, Kursus Kepimpinan Digital ini direka bentuk khas untuk pemimpin sekolah dalam menguasai kepimpinan digital bertujuan mengurus organisasi bagi menghasilkan modal insan berkemahiran abad ke 21 dan menepati aspirasi murid agar fasih digital.
BK43a dan Jadual Pelaksanaan MDL Fasa Lanjutan
Kandungan:
Pembelajaran sepanjang hayat
Perkongsian amalan terbaik dalam digital
Pembentangan projek digital organisasi
Pembudayaan dan Kelestarian Pendigitalan
Rumusan
Mod: Secara bersemuka
Jumlah Jam: 16 jam
Pengukuran Kompetensi Fasa Lanjutan:
I. Setiap peserta perlu membentangkan status pelaksanaan projek pendigital sekolah masing – masing.
II. Tenaga pengajar ( pensyarah ) akan membimbing untuk menyelesaikan isu atau masalah yang timbul sepanjang melaksanakan
projek pendigital sekolah.
III. Projek pendigitalan perlu berfokus kepada;
- Pentadbiran dan Pengurusan data sekolah
- Pengurusan Kurikulum
- Pengurusan HEM
- Pengurusan Ko-Kurikulum
V. Impak projek pendigitalan sekolah;
- Data mudah diperolehi
- Pentadbiran lebih cekap
- PdPc guru lebih menarik
- Jimat kewangan dan masa
VI. Selepas melalui kursus bersemuka fasa lanjutan, peserta akan dinilai dan ditaksir oleh pensyarah pembimbing menggunakan instrumen
yang dibina khusus untuk menilai peserta kursus dan membuat pentaksiran dan penilaian projek pendigitalan sekolah tersebut.
VII. Penilaian ini akan dilaksanakan pada FUFT fasa II
VIII. Peserta akan diiktiraf sebagai Jauhari Digital