Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja seluruh negeri Johor.
Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.
Peserta perlu menggunakan set pen 3D sendiri.
Set pen 3D dan filamen dan lain-lain peralatan perlu dibawa sendiri.
Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.
2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan
Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 26 Jan 2026 dan tarikh tutup adalah 31 Jan 2026.
Terhad kepada 20 kumpulan sahaja, jika penuh pendaftaran automatik akan ditutup.Â
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara bersemuka pada 14 Februari 2026 di Bilik PAK21, SK Sri Jamil, Muar.
2.2 Format Pertandingan
Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
Jumlah pelajar dan guru bagi setiap kumpulan: 1 pelajar (minimum) - 2 Pelajar (maksimum) dan 1 Guru Pembimbing/mentor.
Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
Murid perlu membina rekaan mercu tanda di lokasi. Ikut kreativiti masing-masing, boleh gunakan 2 unit pen 3D sekaligus. Boleh bawa contoh design dan ukuran menggunakan kertas.
Tidak dibenarkan bawa bahagian-bahagian yang telah siap untuk dipasang semasa pertandingan.
Perserta perlu membawa filamen sendiri untuk digunakan. Filamen tambahan akan disediakan hanya warna hitam dan putih sahaja.
Pemenang berdasarkan hasil kerja selepas tamat masa yang diberikan mengikut krateria pemarkahan yang disediakan.
Tempoh masa yang diberikan adalah 1 jam.
Pihak penganjur akan menjemput panel juri dari bidang akademik yang akan menghakimi projek tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.
2.3 Kategori Penyertaan
PEN 3D JUNIOR Sekolah Rendah TERBUKA (10-12 tahun)
2.4 Kit Penyertaan
Kit penyertaan (medal dan sijil) adalah RM20.