Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja seluruh negeri Johor.
Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.
Peserta akan mencipta 'senjata' menggunakan blok-blok reqa yang disediakan.
Peralatan disediakan oleh penganjur. Peserta boleh membawa contoh design untuk dipasang semasa pertandingan atau bentuk senjata yang ingin dibuat pada kertas.
Tidak dibenarkan membawa rekaan yang telah siap.
Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.
2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan
Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 26 Jan 2026 dan tarikh tutup adalah 31 Jan 2026.
Terhad kepada 20 kumpulan sahaja, jika penuh pendaftaran automatik akan ditutup.
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara bersemuka.
2.2 Format Pertandingan
Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
Jumlah pelajar dan guru bagi setiap kumpulan: 1 pelajar (minimum) - 2 Pelajar (maksimum) dan 1 Guru Pembimbing/mentor.
Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
Murid perlu merekacipta mengikut tema dengan memasang blok-blok reqa yang disediakan dalam masa 30 minit sahaja.
1 set reqa disediakan untuk setiap kumpulan dan boleh ambil daripada blok-blok tambahan mengikut keperluan. Setelah siap, angkat tangan untuk juri ambil gambar dan buat penilaian.
Selepas penilaian, murid perlu ceraikan blok-blok dan kumpul ikut set masing-masing untuk kumpulan seterusnya.
Pemenang dikira berdasarkan keaslian (25%), kepantasan (20%), kreativiti (30%), kekemasan (25%)
Pihak penganjur akan menjemput panel juri berkelayakan (Jurulatih Utama RBT) yang akan menghakimi projek tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.
2.3 Kategori Penyertaan
IDEA REQA Sekolah Rendah TERBUKA (10-12 tahun)
2.4 Kit Penyertaan
Kit penyertaan (medal dan sijil) adalah RM20.