Makerobot merupakan pertandingan robotik berkonsepkan maker culture yang telah dibangunkan dan dijenamakan oleh MAKERSPACE Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. Pertandingan ini menjadi platform utama bagi pelajar meneroka bidang STEM, robotik, pengaturcaraan dan penyelesaian masalah secara praktikal dan berasaskan cabaran sebenar. Pada tahun 2026, Makerspace UTHM telah memperluaskan ekosistem Makerobot dengan membuka ruang kepada sekolah-sekolah untuk menganjurkan pertandingan Makerobot menggunakan konsep, format dan standard yang telah ditetapkan dalam International Makerobot 2025.
Seiring dengan peluang tersebut, Sekolah Kebangsaan Sri Jamil mengambil inisiatif strategik untuk menganjurkan “Karnival Makerobot STEM Madan 2026” sebagai pertandingan peringkat Negeri Johor, bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah terhadap dunia robotik kompetetif, sekaligus melahirkan bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menghimpunkan pertandingan-pertandingan yang akan berlansung seperti PIRC2026, RAC2026, IYRC2026 dan juga Karnival STEM sebagai titik mula untuk murid-murid, pelajar-pelajar dan guru-guru yang berminat untuk menceburi pertandingan robotik. Dengan karnival ini, kita dapat belajar dari asas dan boleh mula merangka strategi untuk menyertai pertandingan yang lebih besar.