Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja seluruh negeri Johor.
Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.
Peserta perlu menggunakan set minibot sahaja.
Set minibot perlu dibawa sendiri tetapi setiap komponen belum lagi dipasang.
Peserta boleh membawa laptop untuk upload program ke dalam minibot untuk pengujian berfungsi selepas siap pemasangan.
Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.
2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan
Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 26 Jan 2026 dan tarikh tutup adalah 31 Jan 2026.
Terhad kepada 20 kumpulan sahaja, jika penuh pendaftaran automatik akan ditutup.Â
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara bersemuka.
2.2 Format Pertandingan
Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
Jumlah pelajar dan guru bagi setiap kumpulan: 1 pelajar (minimum) - 2 Pelajar (maksimum) dan 1 Guru Pembimbing/mentor.
Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
Murid perlu memasang minibot di lokasi pertandingan, muat naik kod dan ujilari robot. Kod akan diberikan semasa hari pertandingan.
Hanya set minibot sahaja yang dibenarkan.
Perserta perlu tahu pasang, muat naik aturcara dan ujilari minibot.
Pemenang dikira berdasarkan kepantasan melaksanakan tugasan. Kumpulan yang pertama siap pasang, muatnaik aturcara dan ujilari berfungsi akan dikira pemenang pertama dan seterusnya.
Tempoh masa yang diberikan adalah 1 jam 30 minit
Pihak penganjur akan menjemput panel juri berkelayakan (Jurulatih Utama RBT) yang akan menghakimi projek tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.
2.3 Kategori Penyertaan
MINIBOT JUNIOR Sekolah Rendah TERBUKA (10-12 tahun)
2.4 Kit Penyertaan
Kit penyertaan (medal dan sijil) adalah RM20.