SEAMEO TED

Mesyuarat online teacher exchange anjuran SEAMEO TED melibatkan 4 sekolah dari Kemboja, Filipina, Indonesia n Malaysia di Zoom sebentar tadi. Kolej Vokasional Keningau  mewakili Malaysia dengan 4 guru utk fasa pertama ini. Pelajar pelajar kita juga akan terlibat menghadiri kelas dari guru negara lain. 

5 September 2022

Pelajar pelajar kita dari kulinari & kosmetologi menghadiri tiga kelas program pertukaran budaya SEAMEO TED (tourism, agriculture, food processing) hari ini yang dikendalikan oleh guru guru Kemboja. 

9 September 2022

Kelas dalam talian SEAMEO TED yang dikendalikan oleh Cikgu Erma. Kelas kali ini Istimewa sikit sebab kita jemput pakar TVET dari Jerman yg bekerja di SEAMEO Secretariat, Encik Ansgar Schaefer,  utk hadir. Dia bagi maklumbalas yg membina utk kelas Cikgu Erma. 

12 September 2022

Pelajar pelajar seni kulinari n kosmetologi kita menghadiri dua kelas berbeza oleh guru guru Kemboja pada jam 10-11 pagi. Program pertukaran SEAMEO TED. Cikgu Vienny yang selaraskan untuk pljr Kosme n Cikgu Anita turut hadir kelas pasukan seni kulinari. Bagus pelajar2 ini aktif dalam kelas dan peramah

15 September 2022

Pelajar bakeri menghadiri kelas dalam talian SEAMEO TED kendalian guru dari Indonesia subjek perakaunan jam 10-11 pagi. 

26 September 2022

Cikgu Mujib mengajar pelajar2 dari Indonesia membuat Onde-Onde melalui Google Meet tadi. Minggu keempat program pertukaran guru SEAMEO TED 

28 September 2022

Cikgu Anita mengendalikan kelas bakeri program pertukaran SEAMEO TED untuk pelajar2 Filipina, Kemboja & Indonesia jam 10.30 - 11.30 pagi hari ini.

29 September 2022

Cikgu Vienny sedang melaksanakan kelas dalam talian kosmetologi SEAMEO TED jam 10-11 pagi untuk pelajar-pelajar dari Indonesia & Filipina. 

5 Oktober 2022

Pelajar pelajar kita menghadiri kelas dalam talian guru-guru dari Filipina tadi. Minggu ini adalah minggu kelima program pertukaran SEAMEO TED ini.