TENTANG KAMI

2024 Carta Organisasi Pengurusan

SEJARAH KOLEJ

Kolej Vokasional Keningau yang dahulunya pernah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Keningau (2010 – 2013), SMK Teknik Keningau (1998 – 2010) dan SM Vokasional Keningau (1980 – 1998) terletak di kawasan seluas kira-kira 18.09 ekar atau 7.32 hektar berhampiran dengan pekan Keningau. Pembinaannya bermula pada awal 1976 dan siap pada penghujung 1979. Mulai beroperasi pada bulan April 1980 dengan seramai 11 orang tenaga pengajar, 95 orang murid dan 7 bidang kursus. Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 1981. Pada tahun 1998, aliran sekolah ini ditukar kepada aliran teknik tetapi pada tahun 2010, sekolah ini bertukar pula ke aliran vokasional sepenuhnya. Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional Keningau dan menawarkan program-program Diploma dalam 5 bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (3 Program), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Program), Bidang Perniagaan (1 Program), Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik (2 Program), dan Bidang Hospitaliti (5 Program). 


Pada tahun 2014, Kolej Vokasional Keningau menawarkan program-program Diploma dalam 5 bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (2 Program), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Program), Bidang Perniagaan (1 Program), Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik (1 Program), dan Bidang Hospitaliti (4 Program). Pada tahun 2015, pengambilan pelajar hanya untuk 5 Bidang iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (2 Program), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Program), Bidang Teknologi Elektrik (1 Program), Bidang Hospitaliti (1 Program) dan Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat (1 Program). Jumlah pelajar juga dikurangkan iaitu hanya seramai 15 orang untuk 6 program tersebut. 


Pada tahun 2016, transformasi kolej berlaku lagi apabila 3 Kursus menawarkan bidang kemahiran (SKM) sahaja iaitu Kursus Kosmetologi, Kursus Pengurusan Perniagaan dan Kursus Seni Kulinari. Bermula tahun 2017, 3 Program ditutup iaitu Program Seni Reka Fesyen, Teknologi Pemesinan Industri dan Teknologi Elektronik. Daripada 3 Program yang menawarkan SKM sahaja pada tahun 2016, 2 Program kini menawarkan SVM semula pada tahun 2017 iaitu Program Seni Kulinari dan Program Pengurusan Perniagaan. Pada tahun 2018, pengambilan pelajar kembali kepada 6 Bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (2 Program), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Program), Bidang Teknologi Elektrik (1 Program), Bidang Hospitaliti (2 Program), Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat (2 Program) dan Bidang Perniagaan (1 Program). Pada tahun 2019, Pengambilan Pelajar adalah dalam 3 Bidang Iaitu Bidang Hospitaliti (3 Program), Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat (1 Program) dan Bidang Perniagaan (1 Program). Jumlah Pelajar adalah Seramai 30 orang Untuk 2 Program kecuali PAKK, BPP, HSK yang hanya mengambil 25 orang sahaja. Pengambilan untuk kursus SKM pula adalah 6 kursus sahaja berbanding 7 kursus pada tahun sebelumnya dan kursus yang tidak ditawarkan ialah kursus Pengurusan Pejabat. 


Pada tahun 2020 pula, pengambilan pelajar adalah dalam 5 bidang iaitu Bidang Hospitaliti (3 program), Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat (1 program) dan Bidang Kejuruteraan Mekanikal (2 program), Bidang Kejuruteraan Awam (1 program) dan Bidang Kejuruteraan Elektrik (1 program). Jumlah pelajar adalah seramai 30 orang untuk 2 program kecuali PAKK dan HSK yang hanya mengambil 25 orang pelajar sahaja. Pengambilan untuk kursus SKM pula adalah 5 kursus sahaja berbanding 6 kursus pada tahun sebelumnya dan kursus yang tidak ditawarkan ialah kursus estetik.


Pada tahun 2021, pengambilan pelajar masih dalam 5 bidang iaitu Bidang Hospitaliti (3 program), Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat (1 program), Bidang Kejuruteraan Mekanikal (2 program), Bidang Kejuruteraan Awam (1 program) dan Bidang Kejuruteraan Elektrik (1 program). Jumlah pelajar adalah seramai 30 orang. Manakala, pengambilan untuk kursus SKM pula adalah 5 kursus sahaja.


Dari segi pentadbiran, empat orang pengetua / pengarah yang pernah memimpin sekolah / kolej ini termasuklah En. Thomas Wong Kon Tai (1981-1994), En. Ali bin Ariffin (1994 - 1995), Pn. Siti Aisa Hj. Maidin (1995-2015) dan En. Johari @ Jaibet bin Sabin (2015 – Kini).

INFO KOLEJ


VISI KOLEJ

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul


MISI KOLEJ

Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti


BRAND VISION

Engineered For Competence

Menjana Kecekapan 


BRAND BUSINESS

Your Astounding Career Is Our Business

Kerjaya Anda Yang Mengagumkan Adalah Urusan Kami


BRAND VALUES

Competent

Professional

Dedicated

Quality

Integrity



OBJEKTIF KOLEJ

Melahirkan graduan yang berdisiplin, seimbang, kebolehpasaran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif dan taat kepada Tuhan dengan;




PIAGAM PELANGGAN

Peripentingnya pelajar kepada negara dan merupakan aset yang utama dalam membangunkan negara, wajarlah potensi mereka dikembangkan secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, maka; 


Bahawasanya kami, staf Kolej Vokasional Keningau dengan ini berikrar mendukung terus cita-cita terhadap tugas-tugas kami:



BUDAYA KOLEJ



FALSAFAH DAN NILAI : PRIME


P – PERFORMANCE

Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang.


R – RESPECTABILITY

Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.


I – IMAGE

Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.


M – MANPOWER

Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai Wawasan 2020.


E – EXPECTATION

Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan  negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu.

2022-01-25 PEMBENTANGAN

Carta Organisasi BPLTV

INFO LANJUT