PENGENALAN
Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan menawarkan satu program iaitu Teknologi Kimpalan. Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang semua kaedah dan teknik kedudukan mengimpal serta proses kimpalan yang meliputi teknik kimpalan arka logam berperisai mengikut piawaian British Standard (BS) dan American Welding Society (AWS). Pelajar turut didedahkan dengan kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan prinsip pemeriksaan kimpalan iaitu ujian musnah dan tanpa musnah.
Misi utama Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan adalah untuk melahirkan tenaga kerja profesional dan separa professional dalam bidang kimpalan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam sektor awam dan swasta serta melahirkan usahawan dalam bidang kimpalan.
Jabatan Mekanikal dan Pembuatan mempunyai bengkel dan makmal yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini disediakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan amali bagi meningkatkan ketrampilan dan memperdalamkan lagi kefahaman pelajar dalam bidang masing-masing.
Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus-kursus profesional, School Enterprise, mesyuarat dan program kebajikan bagi memenuhi visi dan misi jabatan.
VISI
"Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul"
MISI
"Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti"
MATLAMAT
Matlamat program Diploma Teknologi Kimpalan ialah untuk membentuk Juru Kimpal yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.