AKTIVITI ALUMNI TAHUN 2022
Program Bicara Alumni : Sembang Santai
Program sembang santai bersama alumni iaitu Hidayat bin Mohamad iaitu alumni kohort 2018. Sekarang beliau merupakan seorang ‘Assistant Fabricator’ di General System Engineering Berhad Selangor. Beliau juga merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar kolej, pemain ragbi kolej serta pelajar cemerlang di program. Program ini adalah untuk pelajar mendengar perkongsian dari alumni tentang pengalaman beliau sepanjang beliau berada di kolej. Pelajar akan mendengar sendiri bagaiman beliau merancang jadual waktu ketika sesi persekolahan dan cuti hujung minggu.
Objektif program ini adalah :-
Meningkatkan motivasi pelajar diploma Program Teknologi Kimpalan.
Meningkatkan semangat pelajar untuk merancang jadual waktu yang lebih baik.
Mengeratkan silaturrahim diantara alumni dengan Program Teknologi
Kimpalan.
Program “Open Your Mind, Build Your Future” Bersama Alumni Program Teknologi Kimpalan. Seramai 21 orang alumni yang telah datang bersama – sama menjayakan program ini. Alumni yang hadir juga merupakan pekerja – pekerja mahir yang telah bekerja di industri dan ada juga dilkalangan mereka yang sedang melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda. Melalui program ini, para pelajar dapat berinteraksi dengan alumni yang hadir berhubung prospek kerjaya mengikut bidang di industri serta mendapat maklumat program yang ada untuk melanjutkan pelajaran. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh – sungguh bagi mencapai kejayaan diluar kelak.
Objektif program ini adalah :-
Menghubungkan pelajar sedia ada dengan alumni Program Teknologi Kimpalan (MTK) yang telah berjaya di alam pekerjaan dan menyambungkan pengajian di peringkat ijazah sarjana.
Membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk berinteraksi dengan alumni MTK berkaitan prospek kerjaya mengikut bidang dan maklumat program yang ada untuk melanjutkan pengajian.
Menaikkan semangat pelajar belajar bersungguh – sungguh untuk mencapai kejayaan.