Guru menggunakan bahan berbentuk "slide" yang telah disediakan untuk menerangkan maksud, konsep dan contoh bagi subtopik Kitar Hidup Haiwan.
Pada langkah satu ini guru hanya perlu menerangkan sehingga "slide" yang keempat.
Guru disarankan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menambah isi-isi kandungan dalam penerangan di dalam kelas.
Setelah selesai memberikan penerangan guru boleh memainkan dua video pendidikan yang telah disediakan untuk menghasilkan sesi Pdp yang lebih berkesan.
Video yang kedua adalah di dalam Bahasa Inggeris namun masih terdapat sari kata Bahasa Melayu disediakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.
Sepanjang sesi penerangan "slide" dan juga video guru digalakkan untuk mengadakan sesi soal jawab.
Baca "slide" yang disediakan dan lakukan penerokaan di internet untuk menambah pengetahuan ataupun mencari penjelasan kepada perkara yang tidak difahami.
Mari berkongsi dapatan penerokaan anda di bawah. Sila tekan butang Sertai dan Log Masuk ke dalam akuan Wakelet sedia ada anda atau Log Masuk Sebagai Tetamu untuk mula berkongsi.
Seterusnya, mainkan dua video pendidikan yang mengandungi banyak contoh kitaran hidup haiwan di bawah.
Video yang kedua adalah di dalam Bahasa Inggeris namun masih terdapat sari kata Bahasa Melayu disediakan untuk memudahkan pemahaman anda sebagai murid.
Jika ada sebarang soalan boleh tinggalkan di bahagian Padlet di bawah untuk dijawab oleh guru sains anda.