Pada bahagian ini aktiviti yang dijalankan adalah kuiz kitar Hidup Haiwan yang bertajuk "Kenali Siapa Saya" menggunakan aplikasi "WordWall".
Pertama sekali guru perlu membahagikan murid kepada sekurang-kurangnya 4 orang dalam satu kumpulan.
Setiap kumpulan akan dipanggil ke hadapan untuk menjawab kuiz dengan menggunakan komputer riba guru sambil kuiz dipancarkan melalui platform "WordWall" di hadapan kelas.
Setiap kumpulan seharusnya mendapat kitaran hidup haiwan yang berbeza.
Hanya murid di dalam kumpulan itu sahaja boleh membantu antara satu dengan yang lain.
Guru perlu memastikan setiap kumpulan berjaya menjawab kuiz dengan betul sekurang-kurangnya 2 daripada 4 kitar hidup haiwan.
Pada bahagian ini aktiviti yang dijalankan adalah kuiz kitar Hidup Haiwan yang bertajuk "Kenali Siapa Saya" menggunakan aplikasi "WordWall".
Anda diminta untuk menjawab keempat-empat kuiz ini dengan masa yang paling pantas. Pastikan anda memperolehi skor sekurang-kurangnya 2 daripada 4 sebagai skor minimum untuk penilain kejayaan.
Jika masih tidak mencapai skor yang ditetapkan anda dibolehkan untuk merujuk nota pada bahagian sebelum ini untuk memantapkan kefahaman.