Dalam kumpulan yang sama guru menggunakan semula "slide" di bahagian langkah satu namun bermula dari muka surat 4 sehingga 12 sahaja.
Guru perlu memberikan setiap kumpulan sekeping kertas sebak dan sebatang pen marker.
Seterusnya, guru mengagihkan setiap gambar kitaran hidup haiwan kepada setiap kumpulan. Misalnya kumpulan satu adalah gambar kitaran hidup rama-rama.
Guru mengarahkan kepada murid supaya setiap ahli kumpulan berhak dan perlu mencatat apa-apa sahaja perubahan yang boleh dilihat dalam kitaran hidup haiwan itu.
Murid diberi masa hanya 3 ke 4 minit untuk menulis. Sebaiknya kertas sebak yang diberikan penuh ditulis oleh muird.
Akhir sekali, guru akan memanggil beberapa kumpulan untuk membentangkan dapatan mereka.
Guru perlu menilai kefahaman dan menambah baik hasil kerja serta pembentangan yang dilakukan oleh murid-murid.
Kini di bahagian ini anda perlu melihat, memerhati, memahami dan mencatat sebarang perubahan dalam kitaran hidup haiwan. Di dalam "slide" telah disediakan lima jenis kitaran hidup haiwan bermula dari kumbang kura-kura sehingga harimau.Â
Setelah memerhati kitaran hidup haiwan di dalam "slide" berkenaan catat dapatan anda di dalam "Padlet" yang disediakan di bawah mengikut urutan. Anda boleh meminta bantuan ibu bapa, rakan-rakan atau mencari maklumat di enjin carian dalam usaha memberikan jawapan yang terbaik.