Pada akhir pembelajaran guru boleh memilih dua atau tiga orang pelajar sebagai wakil untuk memberikan refleksi berkenaan pelajaran berkaitan kitar hidup haiwan.
Sebagai soalan tambahan guru boleh bertanya berkaitan keberkesanan Google Site yang dihasilkan ini kepada pelajar. Contohnya, adakah video atau audio lagu yang disediakan menarik minat mereka sebagai murid untuk belajar.
Setelah habis sesi PdP guru boleh mengisi ruang refleksi guru di bahagian Padlet di bawah. Segala komen dan cadangan penambahbaikan adalah digalakkan.
Pada bahagian ini sebagai seorang murid anda diminta untuk mengisi refleksi akhir di bahagian bawah. Anda sebagai seorang murid berhak untuk menulis apa-apa sahaja cadangan, komen atau cadangan penambahbaikan.