PENGENALAN
Like & Share Facebook Page InKIK2020
PENGENALAN
Inovasi merupakan suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi.
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu serta unik dalam menyelesaikan masalah dan menambah baik keperluan semasa. Dalam konteks sektor awam, keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal amatlah diperlukan bagi menterjemahkan idea kepada inisiatif bitara yang memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
KIK memberi penekanan kepada keberkesanan perkhidmatan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat. Pelaksanaan KIK mampu memberi impak positif kepada prestasi penyampaian perkhidmatan sektor awam. Keberkesanan pelaksanaan KIK memerlukan mekanisme pemantauan yang efektif bagi mencapai objektif pelaksanaan KIK yang dihasratkan.
OBJEKTIF
Objektif Pertandingan Projek Inovasi KIK adalah untuk meningkatkan:
Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi;
Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja;
Semangat bekerja secara berpasukan;
Penyemaian dan penerapan nilai etika kerja positif;
Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja;
Dorongan kerja yang tinggi;
Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara;
Penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif; dan
Pewujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan warga pendidik.
KATEGORI PROJEK INOVASI KIK
(a) Inovasi Penciptaan
Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia.
(b) Inovasi Penambahbaikan
Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing.
TARIKH-TARIKH PENTING
MAJLIS PELANCARAN
01 - 07 JUN 2020
PENDAFTARAN PENYERTAAN
01 - 30 JUN 2020
PENGHANTARAN LAPORAN PERINCIAN PROJEK
01 - 30 JUN 2020
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
30 JUN 2020
PENILAIAN LAPORAN PENUH
01 - 05 JULAI 2020
PENGHANTARAN VIDEO PEMBENTANGAN (FINALIST)
01 - 05 JULAI 2020
PENILAIAN PERSEMBAHAN (FINALIST)
15 JULAI 2020
MAJLIS PENUTUPAN
17 JULAI 2020
Ikuti kami di media sosial rasmi: