PENILAIAN PROJEK INOVASI KIK
Like & Share Facebook Page InKIK2020
PENILAIAN PROJEK INOVASI KIK
Ringkasan kriteria dan wajaran penilaian projek adalah seperti berikut:
PROSES PENILAIAN & PEMILIHAN PEMENANG
Proses penilaian dan pemilihan dibuat melalui 2 peringkat seperti berikut:
Penilaian melalui laporan penuh oleh Panel Penilai.
Semua kumpulan dikehendaki menghantar laporan penuh terlebih dahulu untuk dinilai oleh Panel Penilai berdasarkan kriteria & wajaran penilaian projek ditetapkan. Penghantaran laporan Projek KIK dalam bentuk soft sopy (PDF) secara atas talian mengikut tarikh & format yang ditetapkan. Muat turun Format Perincian Projek KIK Zon KK di bawah:
Format Perincian Projek KIK Zon KK
Penilaian berdasarkan persembahan/pembentangan secara dalam talian.
Semua Finalist dikehendaki menyediakan bahan persembahan dalam masa 5 minit (termasuk montaj pengenalan kumpulan & projek) menggunakan rakaman video atau secara langsung pada tarikh dan jadual ditetapkan.
Pembentangan ini bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria dan wajaran penilaian projekditetapkan. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.