FORMAT DAN KATEGORI PENYERTAAN PROJEK INOVASI KIK
Like & Share Facebook Page InKIK2020
FORMAT DAN KATEGORI PENYERTAAN PROJEK INOVASI KIK
Inovasi melalui konteks horizon baharu KIK terbahagi kepada dua (2) BIDANG INOVASI dalam KIK iaitu:
a) Inovasi Sosial
b) Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
(a) Inovasi Sosial
Berdasarkan tafsiran oleh MAMPU, bidang Inovasi Sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat.
Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.
(b) Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi penyampaian perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:
• Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi;
• Budaya Kerja;
• Kewangan dan Aset;
• Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
• Pengurusan Sumber Manusia;
• Pengurusan Projek Pembangunan; dan
• Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Nota:
i. Setiap projek KIK yang dihasilkan hendaklah memenuhi salah satu daripada bidang inovasi, iaitu Inovasi Sosial atau/ dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan; dan
ii. Setiap pilihan bidang inovasi haruslah memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.
TEKNIK DAN PENGHASILAN PROJEK INOVASI KIK
Penggunaan teknik dan kaedah yang tepat amat penting dalam penghasilan sesuatu projek inovasi KIK. Sejajar peredaran masa dan perkembangan pelbagai teknik dan kaedah baharu, maka ahli KIK perlu sentiasa peka dan bersiap sedia dengan penggunaan teknik dan kaedah terkini dan tepat. Penggunaan teknik dan kaedah adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian projek yang dirancang.
Fasa Penghasilan Projek menjelaskan perancangan awal pembentukan KIK. Ahli KIK perlu memilih projek berpandukan bidang inovasi dalam KIK, iaitu Inovasi Sosial atau Inovasi Penyampaian Perkhidmatan yang terdiri daripada dua (2) kategori, iaitu Inovasi Penciptaan atau Inovasi Penambahbaikan.
PEMBENTUKAN KUMPULAN
KIK terdiri daripada dua (2) bentuk kumpulan, iaitu:
a) KIK Primer
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK atau dipertimbangkan untuk penyertaan secara individu.
b) KIK Hibrid
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid