SYARAT PENYERTAAN PROJEK INOVASI KIK
Like & Share Facebook Page InKIK2020
SYARAT PENYERTAAN PROJEK INOVASI KIK
Syarat-syarat penyertaan Pertandingan Projek Inovasi KIK Sekolah-Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Ranau adalah seperti berikut :
Projek Inovasi KIK hendaklah dihasilkan oleh warga KPM atau unit sesebuah agensi melalui kumpulan primer; atau penglibatan secara hibrid bersama jabatan, bahagian, hospital, klinik, seksyen atau unit sesebuah agensi lain.
Projek Inovasi KIK yang dilaksanakan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Projek Inovasi KIK yang ingin menyertai mestilah telah dilaksanakan/ dijalankan sekurang- kurangnya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup penyertaan dan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh ia diperkenalkan dan dilaksanakan.
Projek Inovasi KIK yang tidak layak menyertai Pertandingan Projek Inovasi KIK:
Projek Inovasi KIK yang telah memenangi mana-mana pertandingan di peringkat yang lebih tinggi seperti Kementerian, MAMPU ataupun mana-mana anugerah dari agensi luar sama ada dalam negara mahupun luar negara.
Projek Inovasi KIK yang telah memenangi Anugerah Projek KIK KPM atau pertandingan peringkat negeri pada tahun-tahun yang lepas.
Inovasi dari projek KIK yang telah dibangunkan serta digunapakai oleh mana- mana unit penyelidikan dan pembangunan (inovasi dari hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi).
Pihak penganjur berhak menerima dan menolak penyertaan yang tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pihak penganjur berhak menukar kategori penyertaan projek Inovasi KIK ke kategori yang sewajarnya. Sebarang pertukaran kategori akan dimaklumkan kepada pemohon.